KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurun berbanding dolar AS pada Rabu sebelum minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) dikeluarkan malam ini.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6300/6355 berbanding dolar AS daripada 4.6035/6080 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan secara amnya lebih rendah berbanding dolar AS pada RM4.6357, yang sejajar dengan Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih tinggi pada 102.219 mata (+0.02 peratus).
Beliau berkata ringgit dilihat mengalami pembetulan teknikal selepas merosot dalam wilayah terlebih beli berbanding dolar AS.
"Ketika ini, paras sokongan dan rintangan masing-masing pada RM4.5778 dan RM4.6611.
"Minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan malam ini sewajarnya memberikan kejelasan lanjut mengenai hasrat Rizab Persekutuan AS untuk melonggarkan pendirian monetarinya tahun ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Unit domestik tinggi berbanding pound Britain kepada 5.8463/8532 daripada 5.8524/8582 ketika ditutup pada Selasa, dan meningkat berbanding euro kepada 5.0634/0694 daripada 5.0685/0734.
Namun, ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.2462/2502 daripada 3.2317/2552 semalam.
Ringgit didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.
Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4885/4932 daripada 3.4793/4830 semasa penutupan semalam, dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.33/8.34 daripada 8.27/8.28.
Mata wang domestik juga turun berbanding rupiah Indonesia kepada 299.0/299.5 daripada 297.5/298.0 dan hampir mendatar berbanding baht Thailand pada 13.4824/5063 daripada 13.4838/5033.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6300/6355 berbanding dolar AS daripada 4.6035/6080 ketika ditutup pada Selasa. - Gambar hiasan/REUTERS
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Iran berkabung tiga hari
Iran memulakan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian Presidennya, Ebrahim Raisi yang terlibat dalam nahas helikopter pada Ahad yang turut mengorbankan Menteri Luarnya Hossein Amirabdollahian.Rakyatnya menyatakan kesedihan terhadap pemergian pemimpin mereka yang dikatakan berjasa dalam memelihara tembok keselamatan negara dari peperangan di rantau bergolak itu.
Ebrahim Raisi, Hossein Amir-Abdollahian individu penting perjuang isu Palestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya, Hossein Amir-Abdollahian disifatkan sebagai antara individu penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memperjuangkan isu Palestin.
Kerajaan jamin bawa pulang pegawai perubatan terkandas di Rafah
Kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang pegawai perubatan di bawah MERCY yang terkandas di Rafah, Gaza.
Israel sekal laluan darat, situasi bertambah buruk
Sekatan Israel ke atas laluan darat melumpuhkan kemasukkan bekalan kemanusian ke Gaza dan dijangka memburukkan lagi situasi semasa di Gaza.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.