KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS dan dibuka lebih tinggi pagi ini apabila permintaan terhadap mata wang tempatan bertambah baik selepas data pengangguran November 2022 yang baharu dikeluarkan membayangkan prospek ekonomi yang positif, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3630/3680 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.3700/3725.
Menurut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran negara menunjukkan trend menurun dengan 600,900 orang menganggur pada November 2022 berbanding 602,000 pada Oktober 2022.
Selain itu, jabatan itu turut menambah jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia berkembang 13.9 peratus tahun ke tahun kepada RM133.9 bilion pada Nov 2022, terutamanya dirangsang oleh pertumbuhan dalam subsektor perdagangan runcit.
Sektor pembuatan juga meneruskan pertumbuhan dua angka untuk merekodkan jualan RM159.2 bilion pada Nov 2022, peningkatan sebanyak 11.8 peratus tahun ke tahun.
Sementara itu, indeks pengeluaran perindustrian meningkat sebanyak 4.8 peratus pada Nov 2022 berbanding 4.6 peratus pada bulan sebelumnya, disokong oleh pengembangan dalam sektor perlombongan, pembuatan dan elektrik.
"Kita sedang bergerak ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih baik secara keseluruhan selepas pandemik. Penambahbaikan dalam sektor ekonomi ini telah meningkatkan keyakinan pelabur mengenai pertumbuhan ekonomi masa depan kita," kata penganalisis itu kepada Bernama.
Bagi faktor luaran pula, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata sentimen pelabur berubah menjadi berhati-hati menjelang pengeluaran data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS).
"Ini adalah penunjuk yang sangat diperhatikan dan mempengaruhi keputusan Rizab Persekutuan AS dan dasar monetarinya; justeru, pasaran selalunya lengang menjelang pengumuman data ini.
"Dari sudut teknikal, gandingan dolar AS-ringgit berada dalam zon sokongan dan jika harga berjaya menembusi melebihi 4.4060, ia boleh meningkat setinggi 4.4850 dalam masa beberapa hari. Sekiranya ia menembusi di bawah paras 4.3600, ia mungkin jatuh serendah paras 4.2500," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.3024/3084 daripada 5.3017/3047 pada penutupan urus niaga Rabu, lemah berbanding euro menjadi 4.6959/7013 daripada 4.6938/6965 sebelumnya, dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3083/3126 daripada 3.2984/3007.
Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2797/2840 daripada 3.2820/2841 pada penutup semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023
![Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671536812_TBringgitmalaysia.jpg)
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3630/3680 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.3700/3725. -Gambar fail/Bernama
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
![Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal berikutan aktiviti pengambilan untung Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal berikutan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal berikutan aktiviti pengambilan untung
Pada 8 pagi, ringgit merosot kepada 4.6725/6945 berbanding dolar AS daripada 4.6700/6730 pada Jumaat lepas.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
![Ringgit kekal dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Ringgit kekal dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
![Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi ini, nilai ringgit meningkat kepada 4.6900/6970 berbanding dolar AS daripada paras 4.6985/7010 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
![Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.7050/7110 berbanding dolar US daripada 4.7055/7105 semalam.
![Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7065/7100 berbanding dolar AS daripada 4.7080/7100 pada Khamis.