KUALA LUMPUR: Penyusutan nilai mata wang ringgit lebih didorong oleh fenomena global dan pengaruh pasaran, bukan disebabkan kelemahan asas ekonomi negara atau kegagalan langkah-langkah yang diambil kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM), kata Kementerian Kewangan (MOF).
Menurutnya pada 2022, dunia mengalami kejutan apabila Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah dengan magnitud besar iaitu sebanyak 425 mata asas (bps) dalam tempoh yang singkat antara Mac hingga November 2022 bagi menangani isu inflasi tinggi.
Peningkatan kadar faedah AS yang tinggi dan lebih agresif berbanding bank pusat lain telah mendorong nilai mata wang dolar AS melonjak naik berbanding hampir kesemua mata wang sedunia termasuk nilai ringgit, katanya.
"Malaysia menerusi BNM hanya menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur dengan kenaikan kumulatif sebanyak 100 bps sebanyak empat kali sejak Mei hingga November 2022.
"Keadaan ini menyebabkan kadar pertukaran ringgit berbanding dolar AS telah menyusut nilai sebanyak 12.2 peratus dari Januari hingga 4 November 2022," katanya menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.
Beliau menjawab pertanyaan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang menyatakan kejatuhan ringgit ke paras terendahnya kepada RM4.74 berbanding dolar AS pada September 2022 membuktikan langkah-langkah diambil BNM sebelum ini gagal dan ingin tahu langkah efektif segera untuk membendung kemerosotan ringgit.
MOF berkata pendekatan BNM bertumpu kepada memastikan pelarasan ringgit dalam keadaan teratur, justeru membantu perniagaan merancang dan melaksanakan keputusan perbelanjaan dan pelaburan dengan baik.
"Risiko daripada penurunan mendadak nilai pertukaran ringgit berbanding dolar AS juga dikurangkan oleh penggunaan instrumen lindung nilai, penekanan kepada pinjaman luar yang berhati-hati dan kedalaman pasaran mata wang dalam negeri yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023

Penyusutan nilai mata wang ringgit lebih didorong oleh fenomena global dan pengaruh pasaran, bukan disebabkan kelemahan asas ekonomi negara atau kegagalan langkah-langkah yang diambil kerajaan melalui BNM. - Gambar hiasan/BERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat pada sesi awal urus niaga Jumaat apabila penyusutan harga minyak menjejaskan sentimen.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8.13 pagi, ringgit susut kepada 4.2610/2785 berbanding dolar US daripada 4.2535/2645 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup rendah meskipun kenyataan pegawai FED cenderung kepada kadar rendah
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7285/7325 berbanding dolar AS daripada 4.7215/7280 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Ringgit terus lemah, ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6800/6860 berbanding dolar AS 4.6675/6725 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit susut didorong fenomena global, bukan kegagalan BNM - MOF
Penyusutan nilai mata wang ringgit lebih didorong oleh fenomena global dan pengaruh pasaran, bukan disebabkan kelemahan asas ekonomi negara.

Ringgit susut berbanding dolar AS, paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun
Ringgit terus merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka pada Rabu.

Ringgit susut 4.6 peratus pada suku kedua, tidak eksklusif pada Malaysia sahaja - Gabenor BNM
Penurunan tersebut adalah sejajar dengan pergerakan mata wang serantau yang turut susut 5.8 peratus sehingga kini.