KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang sederhana pada Jumaat lepas.
Pada 9.03 pagi, ringgit susut kepada 4.7235/7270 berbanding dolar AS daripada 4.7215/7280 pada Jumaat lepas.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dari segi teori, dolar AS tidak akan kukuh berikutan inflasi seperti yang dijangkakan, tetapi ia disokong oleh perbincangan Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kenaikan kadar faedah yang sederhana.
"Fed terus mengambil pendekatan 'tidak tergesa-gesa' untuk mengurangkan kadar faedah sehingga inflasi menghampiri sasaran dua peratus selepas indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) meningkat 0.3 peratus pada Februari daripada Januari.
"Oleh itu, dolar kekal kukuh pada sesi pagi ini walaupun saya menjangka kadar AS akan turun dan dolar akan susut sedikit," katanya kepada Bernama.
Innes berkata data makro yang menggalakkan dari China pada hujung minggu akan membantu menyokong mata wang tempatan dalam masa terdekat.
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) untuk sektor pembuatan China, PMI aktiviti bukan pembuatan dan indeks pengeluaran PMI yang komprehensif, masing-masing mencatatkan sebanyak 50.8 peratus, 53.0 peratus dan 52.7 peratus, naik 1.7, 1.6 dan 1.8 mata peratusan -- menunjukkan ekonomi China yang bertambah baik.
Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding euro kepada 5.0976/1014 daripada 5.0907/0977 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding pound kepada 5.9681/9726 daripada 5.9548/9630 sebelum ini.
Mata wang tempatan turut susut berbanding yen Jepun kepada 3.1203/1228 daripada 3.1194/1241 pada Jumaat lepas.
Ringgit juga kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9913/13.0063 daripada 12.9712/9983 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 297.8/298.2 daripada 297.7/298.2 sebelum ini.
Ia berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.5036/5064 daripada 3.4987/5040 sebelum ini dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024

Pada 9.03 pagi, ringgit susut kepada 4.7235/7270 berbanding dolar AS daripada 4.7215/7280 pada Jumaat lepas. -Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8.21 pagi, ringgit berada di paras 4.4430/4490 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4480, semalam.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat FOMC Khamis ini
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4250/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4360 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan ASEAN, menjelang pengumuman KDNK Malaysia
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4325/4555 berbanding dolar AS daripada 4.4535/4600 ketika ditutup pada Khamis.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.