KUALA LUMPUR: Optimistik yang semakin meningkat berhubung kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan terus menyumbang kepada ringgit untuk ditutup pada paras tertinggi sembilan bulan hari ini.
Pada 6 petang, unit tempatan melonjak kepada 4.3570/3615 berbanding dolar AS, paras terakhir yang dapat dilihat pada awal Mei 2022, daripada 4.3700/3725 pada Rabu.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, keyakinan semakin meningkat untuk Rizab Persekutuan (Fed) menurunkan sekali lagi kenaikan kadar daripada 50 mata asas kepada 25 mata asas pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Februari ini.
"Tetapi, yang penting, prospek inflasi yang lebih baik meningkatkan kemungkinan Fed berhenti lebih awal sebelum terlambat dan meningkatkan kemungkinan menyederhanakan kelembapan ekonomi yang merupakan berita baik untuk saham.
"Oleh itu, aliran masuk pelaburan dijangka meningkat," katanya kepada Bernama.
Innes berkata pengeksport juga dilihat menukar dolar AS berdasarkan jangkaan ringgit yang lebih kukuh sempena pemulihan ekonomi China yang berterusan selepas sekatan COVID-19.
"Ini menetapkan paras ujian pada 4.25 pada pertengahan tahun atau lebih awal, dan akhirnya mengembalikan paras ringgit kepada 4.20 menjelang akhir tahun," katanya.
Semua pihak kini tertumpu pada data inflasi Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan lewat hari ini selepas Pengerusi Fed Jerome Powell gagal memberikan sebarang petunjuk baharu tentang hala dasar mereka semasa ucapannya di simposium Riksbank Sweden semalam.
Sementara itu, inflasi China kekal sederhana dengan indeks harga pengguna (CPI) naik sebanyak 1.8 peratus pada Disember berbanding tahun sebelumnya, meningkat daripada pertumbuhan 1.6 peratus pada November, menurut Biro Perangkaan Kebangsaan.
Ia berkata, inflasi di China berada pada 2.0 peratus pada 2022, di bawah sasaran rasmi sekitar 3.0 peratus.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2764/2803 daripada 3.2820/2841 pada penutup semalam dan naik berbanding euro kepada 4.6890/6938 daripada 4.6938/6965 sebelum ini.
Bagaimanapun, ia susut berbanding pound kepada 5.3033/3088 daripada 5.3017/3047 dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.3242/3281 daripada 3.2984/3007.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

Pada 6 petang, unit tempatan melonjak kepada 4.3570/3615 berbanding dolar AS, paras terakhir yang dapat dilihat pada awal Mei 2022, daripada 4.3700/3725 pada Rabu. - Gambar hiasan/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.