KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS dengan mata wang dolar dilihat mengukuh didorong data Jualan Runcit Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan pada Selasa, kata penganalisis.
Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6425/6450 berbanding dolar AS daripada 4.6335/6385 pada penutup semalam.
Menurut Jabatan Perdagangan AS, Jualan Runcit AS meningkat 0.7 peratus bulan ke bulan pada bulan Julai, mengatasi anggaran konsensus antara 0.4 dan 0.3 peratus.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan meningkatkan jangkaan ekonomi AS yang kian tegang dan ini boleh memberi tekanan kepada Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menerima pakai dasar monetari yang lebih ketat dalam beberapa bulan akan datang.
"Dari sudut pandangan teknikal, penunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI) menunjukkan bacaan 63.34 pada carta harian, menandakan dolar-ringgit AS boleh bergerak ke arah 4.6900 dalam beberapa minggu," katanya kepada Bernama.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula berkata percanggahan dalam dasar monetari China juga akan menjadikan dolar AS lebih menarik dari sudut perbezaan kadar faedah.
"Kami menjangkakan USD/MYR akan kekal sekitar RM4.63-RM4.64 dalam tempoh terdekat," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1885/1905 daripada 3.1830/1867 tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8937/8968 daripada 5.8966/9030 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0617/0644 daripada 5.0690/0745 sebelumnya.
Pada masa yang sama, unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang Asean yang lain.
Nilai ringgit turun berbanding baht Thai pada 13.0918/1030 daripada 13.0908/1105 pada Selasa dan lemah berbanding peso Filipina menjadi 8.17/8.19 daripada 8.15/8.16 semalam.
Mata wang tempatan turut menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.4156/4180 daripada 3.4155/4197 pada penutupan dagangan Selasa dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 302.5/302.9 daripada 301.9/302.4 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6425/6450 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa esok
Seorang lelaki yang dipercayai memukul ibu kandungnya hingga maut sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam peti sejuk beku akan didakwa di mahkamah esok.
Tiga sekeluarga maut kemalangan babit dua kenderaan
Tiga beranak maut seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan sebuah kereta pacuan empat roda di Bandar Permaisuri.
Kenyataan Menteri MOTAC bakar isu 3R di dalam dan luar negara - Mas Ermieyati
Jelas Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dia terkejut kenyataan Menteri Pelancongan yang mendakwa tindakan DBKL terhadap golongan peniaga pamer papan tanda bahasa kebangsan akan mempengaruhi keputusan pelancong melawat Malaysia. #SisiTVParlimen
Piala ASEAN: Indonesia umum pemain, bawa skuad Kelayakan Piala Dunia hadapi saingan
Marselino Ferdinan mengetuai senarai pemain pasukan Indonesia menghadapi Piala ASEAN Mitsubishi Electric bulan depan.
KPKT pinda garis panduan elak rumah ibadat bukan Islam terima peruntukan berulang
Beliau berkata, prosedur pemproses permohonan sama ada secara terus atau menerusi sistem e-RIBI akan disaring kementerian, sebelum dinilai pasukan penilaian dan pemantauan. #SisiTVParlimen
'Ahmad Nawab ibarat bapa saya' - Ramlah Ram
Tan Sri Ahmad Nawab bukan sahaja dianggap sebagai guru malah umpama bapa kepada penyanyi, Ramlah Ram.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.