KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut daripada kenaikan minggu sebelumnya untuk ditutup rendah berbanding dolar US hari ini berikutan kejatuhan dalam harga minyak mentah termasuk kekurangan permintaan walaupun dolar US lebih lemah, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.6340/6435 berbanding dolar US daripada 4.6265/6305 yang direkodkan semasa Jumaat lepas.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit menokok berbanding dolar US kepada RM4.6088 pada sebelah pagi tetapi lesu semasa sesi petang kepada sekitar RM4.6320.
Dilaporkan dolar US berlegar berhampiran paras terendah lima bulan berikutan penurunan dalam data inflasi Amerika Syarikat (AS), menyaksikan Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS dan inflasi Teras PCE jatuh kepada 2.6 peratus dan 3.2 peratus.
Mohd Afzanizam memberitahu Bernama bahawa data inflasi menunjukkan Rizab Persekutuan berada di landasan yang betul bagi mencapai sasaran inflasi tahunannya sebanyak 2.0 peratus.
"Persoalan utama sekarang ialah sama ada pencapaian yang lebih lemah dalam pertumbuhan keluaran dalam negara kasar boleh diraih pada 2024. Buat masa ini, kes asasnya ialah pencapaian lemah boleh berlaku. Apa pun keadaannya, keperluan untuk menambah lagi Kadar Dana Rizab Persekutuan mungkin tidak terjadi," katanya.
Sementara itu, harga minyak Brent susut 0.1 peratus kepada US$78.79.
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.8815/8935 daripada 5.8720/8770 yang disaksikan semasa penutupan Jumaat, berkurangan berbanding euro kepada 5.1044/1148 daripada 5.0915/0959 tetapi lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.2517/32586 daripada sebelumnya.
Ringgit juga hilang kekuatan berbanding mata wang Asia lain.
Ringgit mengecil berbanding dolar Singapura kepada 3.5005/5082 daripada 3.4933/4968 dan jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 299.2/300.0 daripada 298.7 /299.1 sebelum ini.
Ia juga merosot berbanding baht Thailand kepada 13.3962/4310 daripada 13.3509/3706 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.39 daripada 8.35/8.36.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023
![Ringgit menyusut berbanding dolar US semasa ditutup Ringgit menyusut berbanding dolar US semasa ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702334055_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. - Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Pasaran getah ditutup rendah Pasaran getah ditutup rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah sedikit hari ini dalam persekitaran aliran bercampur-campur pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
![Pasaran getah ditutup bercampur-campur Pasaran getah ditutup bercampur-campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714826601_Penorehgetah.jpg)
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dalam keadaan prestasi kukuh pasaran niaga hadapan getah serantau.
![Pasaran getah KL catat aliran menyusut seiring prestasi serantau Pasaran getah KL catat aliran menyusut seiring prestasi serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Pasaran getah KL catat aliran menyusut seiring prestasi serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran penyusutannya pada Jumaat, diheret turun oleh prestasi niaga hadapan getah serantau.
![Pasaran getah ditutup tinggi seiring prestasi serantau Pasaran getah ditutup tinggi seiring prestasi serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714826601_Penorehgetah.jpg)
Pasaran getah ditutup tinggi seiring prestasi serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur melantun semula untuk ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau, terutamanya Shanghai dan Jepun.
![Pasaran getah ditutup rendah Pasaran getah ditutup rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Pasaran getah ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 809 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 783.5 sen sekilogram.
![Pasaran getah ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah Pasaran getah ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698295386_TBgetah.jpg)
Pasaran getah ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang lemah berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
![Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710324462_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.
![Ringgit menyusut berbanding dolar US semasa ditutup Ringgit menyusut berbanding dolar US semasa ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702334055_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit menyusut berbanding dolar US semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.6340/6435 berbanding dolar US daripada 4.6265/6305 yang direkodkan semasa Jumaat lepas.
![Iraq dagang minyak untuk peroleh bekalan gas Iran Iraq dagang minyak untuk peroleh bekalan gas Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689114016_oilfield.jpg)
Iraq dagang minyak untuk peroleh bekalan gas Iran
Ini bagi menamatkan isu kelewatan pembayaran kepada Tehran, yang tertunggak gara-gara menunggu kelulusan Amerika Syarikat.
![Harga minyak mentah Brent bawah AS$84 setong buat kali pertama sejak 14 Jan Harga minyak mentah Brent bawah AS$84 setong buat kali pertama sejak 14 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664181857_OilRig.jpg)
Harga minyak mentah Brent bawah AS$84 setong buat kali pertama sejak 14 Jan
Harga minyak global merosot lebih satu peratus, dengan minyak mentah Brent jatuh di bawah AS$84 setong buat kali pertama sejak 14 Januari, lapor Xinhua berdasarkan data dagangan pada Isnin.