KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu susulan penurunan harga minyak mentah di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Beliau berkata harga minyak turun sedikit hari ini dan berlegar berhampiran paras terendah dalam tempoh empat bulan apabila negara-negara OPEC+ memutuskan untuk meningkatkan bekalan pada akhir tahun ini manakala kenaikan stok minyak mentah dan bahan api AS menambahkan kebimbangan terhadap permintaan yang perlahan berikutan pertumbuhan ekonomi yang mula mereda.
"Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dikekang oleh ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika dan harapan terhadap pemulihan ekonomi China manakala data ekonomi AS tidak memberangsangkan dijangka membawa kepada kemungkinan penurunan kadar faedah AS," katanya kepada Bernama.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 turun 3.5 sen kepada 808 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 1.5 sen sekilogram kepada 781.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 809 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 783.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024

Harga LGM bagi SMR 20 turun 3.5 sen kepada 808 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 1.5 sen sekilogram kepada 781.5 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.

Pengeluaran minyak mentah, kondensat susut kepada 41.8 juta tong suku ketiga 2024
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat berjumlah 41.8 juta tong pada suku ketiga 2024, menyusut sebanyak 8.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat semula 1.3 peratus pada suku kedua
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat Malaysia meningkat semula kepada pertumbuhan 1.3 peratus, mencatatkan 46.1 juta tong pada suku kedua 2024.

Harga minyak menurun kerana harapan gencatan senjata di Asia Barat meningkat, permintaan China melemah
Tinjauan permintaan yang positif di AS, yang disokong oleh data inventori yang menyokong dari EIA, mengurangkan penurunan selanjutnya.

Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah sedikit hari ini dalam persekitaran aliran bercampur-campur pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dalam keadaan prestasi kukuh pasaran niaga hadapan getah serantau.

Pasaran getah KL catat aliran menyusut seiring prestasi serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran penyusutannya pada Jumaat, diheret turun oleh prestasi niaga hadapan getah serantau.

Pasaran getah ditutup tinggi seiring prestasi serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur melantun semula untuk ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau, terutamanya Shanghai dan Jepun.

Pasaran getah ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 809 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 783.5 sen sekilogram.

Pasaran getah ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang lemah berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.