KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas unit negara maju itu susut akibat faktor risiko serta prestasi ekuiti yang lebih baik biarpun tiada sebarang pemangkin baharu ketika ini.
Kalangan penggiat pasaran sebaliknya menunggu keputusan dasar monetari pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) dan Bank Pusat Eropah pada minggu depan bagi mendapatkan petunjuk baharu, kata penganalisis.
Pada 9 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.3925/3985 berbanding dolar AS daripada 4.3960/4000 pada akhir urus niaga semalam.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit dijangka diniagakan lebih baik dalam senario mesra risiko berikutan data Tuntutan Pengangguran AS yang dikeluarkan semalam menunjukkan pasaran tenaga kerja AS yang perlahan.
"Berikutan itu, perkembangan ini adalah positif dari segi sentimen risiko kerana kurangnya permintaan terhadap dolar AS. Pada masa sama, tukaran asing Asia terus memanfaatkan sentimen pembukaan semula China dan saya menjangkakan ringgit adalah antara mata wang yang mendapat sambutan pada 2023," katanya kepada Bernama.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz pula berkata dolar AS mencatat perubahan kecil berbanding ringgit berikutan kekurangan arah pada masa ini.
Menurutnya, dari sudut teknikal, dolar AS kini dalam peringkat sokongan dengan Indeks Kekukuhan Relatif (RSI) berada pada 26.94 berbanding ringgit.
"Sebarang angka di bawah 30 dalam RSI itu cenderung menunjukkan bahawa penjual menekan harga terlalu rendah. Terdapat kemungkinan bahawa dolar AS akan bergerak sehingga ke paras 4.5000 berbanding ringgit dalam beberapa hari lagi," katanya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama pada pagi ini.
Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.3755/3829 daripada 5.3504/3552 dan susut berbanding euro kepada 4.6385/6448 daripada 4.6127/6169, semalam.
Unit tempatan itu juga susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2482/2531 daripada 3.2381/2415 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2142/2190 daripada 3.2090/2121, sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022
Pada 9 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.3925/3985 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.