KUALA LUMPUR: Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa apabila dolar AS melemah disebabkan oleh pendirian monetari yang berdiplomasi oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6760/6805 berbanding dolar AS daripada 4.6920/6965 pada penutup Isnin.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit secara amnya berada pada kedudukan yang lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini, sejajar dengan penurunan Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.03 peratus kepada 102.535 mata.
Ringgit juga lebih tinggi berbanding yen Jepun sebanyak 1.51 peratus kepada RM3.2376 bagi setiap 100 yen apabila mesyuarat dasar Bank of Japan hari ini berakhir tanpa sebarang perubahan dalam pendirian monetari mereka.
"Prestasi hari ini juga menunjukkan bahawa ringgit kekal berdaya tahan walaupun jumlah eksport yang lebih rendah daripada jangkaan untuk November. Secara keseluruhannya, naratif untuk pelonggaran monetari di AS sedang membina momentum yang sepatutnya positif untuk mata wang tempatan," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9376/9433 daripada 5.9434/9491 pada penutup Isnin dan lebih kukuh berbanding yen Jepun pada 3.2358/2393 daripada 3.2926/2960 dan naik berbanding euro kepada 5.1146/1195 daripada 5.1232/1281.
Nota tempatan itu juga didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang Asean yang lain.
Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.37 daripada 8.40/8.41 pada Isnin dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 301.5/301.9 daripada 302.4/302.9.
Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5089/5128 daripada 3.5249/5285 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.3604/3805 daripada 13.4042/4228 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6760/6805 berbanding dolar AS daripada 4.6920/6965 pada penutup Isnin. - Gambar fail/Bernama

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, didorong sentimen positif
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6525/6565 berbanding dolar AS daripada 4.6555/6605 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6760/6805 berbanding dolar AS daripada 4.6920/6965 pada penutup Isnin.