KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila data ekonomi AS yang terkini menguatkan lagi harapan kepada pengurangan awal kadar faedah AS, kata penganalisis.
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.5955/6005 berbanding dolar AS daripada 4.6055/6125 semasa ditutup pada Khamis.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata data ekonomi AS yang lemah, antaranya kadar pengangguran lebih tinggi daripada jangkaan dan jumlah jualan rumah yang tidak menggalakkan, sewajarnya memberikan impak negatif kepada dolar AS.
"Pada masa ini, isu utama di pasaran pertukaran asing (FX) adalah mereka menetapkan potensi pengurangan kadar sebanyak 150 mata asas (bps) dengan penurunan itu dijangka pada Mac tahun depan.
"Bagaimanapun, Rizab Persekutuan (Fed) AS hanya menunjukkan pengurangan 75 bps mulai separuh kedua tahun ini.
"Ketidakselarasan ini akan ditangani sebaik sahaja kami menerima laporan pekerjaan senarai gaji bukan ladang AS yang pertama pada awal Januari.
"Laporan pekerjaan yang kukuh berupaya melewatkan pengurangan awal kadar Fed, manakala laporan tidak memberangsangkan dijangka mengukuhkan lagi jangkaan kepada pengurangan kadar pada Mac, yang membolehkan dolar AS mencatat kemerosotan ketara," katanya kepada Bernama.
Mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2452/2489 daripada 3.2723/2776 pada Khamis, naik berbanding euro kepada 5.0900/0955 daripada 5.1242/1323 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8537/86032 daripada 5.9892 semasa ditutup semalam.
Ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang Asean dengan kenaikan berbanding dolar Singapura kepada 3.4830/4871 daripada 3.4972/5031 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.28/8.30 daripada 8.30/8.31 semasa ditutup semalam.
Mata wang tempatan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 298.0/298.5 daripada 298.6/299.3 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.4050/4282 daripada 13.4979/5260 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023

Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.5955/6005 berbanding dolar AS daripada 4.6055/6125 semasa ditutup pada Khamis. -Gambar fail/Bernama
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.
Hamas sahkan adakan perbincangan dengan wakil Amerika Syarkat
Hamas mengesahkan beberapa mesyuarat telah diadakan antara kepimpinan dan Wakil Amerika Syarkat di Doha Qatar.
Konflik Sudan: Badan amal sediakan juadah berbuka
Badan amal menyediakan dan mengedarkan juadah Iftar semasa Ramadan, ketika rakyat negara itu sekali lagi menyambut Ramadan dalam peperangan.
Rancangan serang rumah ibadat direka jenayah terancang
Polis Australia memaklumkan rancangan serangan palsu di rumah ibadat komuniti yahudi di Sydney menggunakan karavan yang dipenuhi bahan letupan direka untuk mengalihkan tumpuan dan sumber penugasan pasukan polis
Jepun adakan lelongan pertama beras simpanan - Laporan
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun telah melelong 150,000 tan beras daripada simpanan negara dalam tender pertama yang bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.
Lima cedera pesawat ringan terhempas, terbakar
Lima termasuk juruterbang dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di tempat letak kereta sebuah komuniti persaraan berhampiran lapangan terbang kecil di pinggir Pennsylvania.

Penyelidik UTeM berjaya cipta kaki palsu cetakan 3D, lebih ringan, selesa
Sekumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya mencipta kaki palsu cetakan 3D yang mempunyai pelbagai ciri terkini berbanding produk kaki palsu konvensional di pasaran.

Pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Loke mengingatkan pengendali kenderaan perdagangan untuk menitikberatkan aspek keselamatan kenderaan masing-masing supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.

Ringgit dibuka kukuh didorong jangkaan tinggi terhadap penurunan kadar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.4085/4210 berbanding dolar AS daripada 4.4110/4145 pada Jumaat lepas.

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

Ringgit dibuka tinggi untuk hari kelima berturut-turut
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut berikutan ketidaktentuan mengenai dasar tarif AS.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS susulan peningkatan minat risiko global
Pada 6 petang, unit tempatan mencatatkan peningkatan ketara kepada 4.4270/4320 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada Selasa.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US
Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.4500/4700 berbanding dolar US daripada 4.4640/4680 semasa ditutup semalam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.