KUALA LUMPUR: Mata wang tempatan kekal berdaya saing manakala inflasi terkawal walaupun terdapat gangguan daripada ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan global, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
Katanya kedudukan luaran Malaysia yang kukuh, termasuk lebihan akaun semasa yang baik dan kedudukan pemiutang luaran bersih telah meningkatkan keupayaan negara dengan ketara untuk bertahan daripada ketidaktentuan dan kejutan luaran tersebut.
"Tambahan pula, asas-asas Malaysia kekal teguh seperti yang ditunjukkan oleh pertumbuhan dan daya saing eksport yang konsisten, rizab antarabangsa yang mencukupi serta trajektori inflasi yang rendah berbanding negara di rantau ini.
"Kesemua ini dijangka dapat terus menampan penurunan ringgit," menurut MoF dalam kenyataan hari ini.
Ringgit mencecah paras 4.30 berbanding dolar AS pada Jumaat lepas, paras terakhir dilihat pada Jun 2020.
Menurut MoF, penyusutan nilai ringgit secara umumnya turut mengikuti jejak penyusutan mata wang utama dan serantau.
"Prospek mengetatkan dasar monetari secara lebih agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dengan kenaikan kadar 50 mata asas dijangka dilaksanakan pada Mei dan kelemahan keseluruhan mata wang di rantau ini merupakan sebahagian faktor yang turut mempengaruhi pergerakan nilai ringgit baru-baru ini," katanya.
Setakat ini, purata dagangan tukaran asing dalam pesisir harian ialah US$12.6 bilion berbanding US$11.3 bilion pada 2021, dengan purata turun naik 3.9 peratus (purata 2021: 4.6 peratus).
"Nilai ringgit yang fleksibel akan terus memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dengan memudahkan pelarasan sektor luaran yang bersesuaian dan melindungi ekonomi domestik daripada kejutan global yang memberikan kesan negatif," menurut MoF.
Katanya dasar kawalan harga yang dikenakan oleh kerajaan dan subsidi yang diperuntukkan untuk petroleum RON95 dan pelbagai barangan makanan akan melindungi rakyat daripada sebarang implikasi tekanan inflasi.
"Kadar inflasi Malaysia pada tahun ini dijangka berada antara 2.2 peratus dan 3.2 peratus (2021: 2.5 peratus) iaitu lebih rendah berbanding negara lain dalam ASEAN," katanya.
Menurut MoF, ini disokong oleh pengumuman Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) baru-baru ini mengenai kadar inflasi bagi bulan Mac 2022 yang kekal pada kadar sama dengan bulan Februari iaitu 2.2 peratus.
Melangkah ke hadapan, katanya MoF dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau kedua-dua risiko kewangan dan bukan kewangan terhadap ekonomi negara.
Ini termasuk ketegangan geopolitik baru-baru ini dan bagaimana ia akan menjejaskan rantaian bekalan global yang mungkin memberi tekanan inflasi yang lebih tinggi serta meningkatkan ketidaktentuan dalam pasaran pertukaran asing serta pasaran kewangan di Malaysia.
"BNM akan terus mengukuhkan kelancaran operasi pasaran pertukaran asing tempatan dengan sentiasa memastikan kecairan yang mencukupi serta memastikan perniagaan boleh merancang dan menjalankan aktiviti perdagangan serta transaksi pelaburan dengan lebih yakin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022
Ringgit mencecah paras 4.30 berbanding dolar AS pada Jumaat lepas, paras terakhir dilihat pada Jun 2020. - Gambar/ Reuters
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Ringgit kekal berdaya saing, inflasi terkawal dalam ketegangan geopolitik, ketidaktentuan global
Mata wang tempatan kekal berdaya saing manakala inflasi terkawal walaupun terdapat gangguan daripada ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan global, menurut Kementerian Kewangan (MoF).