KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas menyusut selama tiga hari berturut-turut berikutan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memperlihatkan hasrat untuk menurunkan Kadar Dana Persekutuan (FFR) pada 2024.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6695/6745 berbanding dolar AS daripada 4.7035/7085 semasa ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) telah memutuskan untuk mengekalkan FFR tidak berubah pada 5.25-5.50 peratus berikutan mesyuarat terbarunya.
"Keputusan itu dibuat selepas tempoh pertumbuhan ekonomi yang teguh pada suku ketiga 2023 apabila Keluaran Dalam Negara Kasar berkembang sebanyak 5.2 peratus berdasarkan pelarasan bermusim suku tahunan, kenaikan ketara daripada pertumbuhan 2.1 peratus pada suku kedua 2023.
"Kini semakin ramai peserta menyarankan FFR boleh diturunkan kepada julat 4.5 hingga 5.0 peratus pada 2024, dengan 11 ahli bersetuju, meningkat daripada tujuh ketika ramalan pada September," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sentimen menyeluruh kalangan ahli FOMC memperlihatkan kecenderungan kepada penurunan kadar faedah dengan persetujuan bersama bahawa kadar pengurangan selanjutnya mungkin diperlukan untuk memandu ekonomi menuju 'pemulihan bertahap,' terutamanya selepas peningkatan kumulatif kadar itu sebanyak 525 mata asas sejak Mac 2022.
"Pada masa depan, pasaran akan melihat sebarang isyarat kelemahan ekonomi untuk menyelaraskan masa bagi penurunan kadar pada 2024.
"Pengurangan hasil bon menunjukkan peserta pasaran bon menjangkakan persekitaran kadar faedah lebih rendah pada 2024," katanya.
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan lemah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit domestik rendah berbanding pound Britain kepada 5.9130/9193 daripada 5.8916/8979 semasa ditutup semalam, merosot berbanding euro kepada 5.0888/0943 daripada 5.0737/0791 semalam dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.2977/3024 daripada 3.2977/3014.
Ringgit turut diniagakan lebih rendah berbanding beberapa mata wang Asia meskipun meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.38 daripada 8.39/8.40 semasa ditutup pada Rabu.
Mata wang tempatan menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.1/301.6 daripada 300.2/300.8 semasa akhir dagangan semalam, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5101/5141 daripada 3.5001/5041 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 13.3205/3424 daripada 13.3205/31.54 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan lemah berbanding sekumpulan mata wang utama. - Gambar fail/Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Ringgit rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6525/6580 berbanding dolar AS daripada 4.6330/6370 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS selepas susut tiga hari berturut-turut
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6695/6745 berbanding dolar AS daripada 4.7035/7085 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi, sejajar dengan pasaran mata wang asing yang lebih luas
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6655/6705 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6825 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS ekoran kekurangan pemangkin
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua berturut-turut pada Selasa, berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5690/5720 berbanding dolar AS daripada 4.5705/5755 ketika ditutup pada Rabu.