KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, mengambil petunjuk daripada mata wang China, yuan, yang meningkat ketara susulan lebih banyak sokongan daripada People's Bank of China.
Dolar AS juga kekal kukuh menjelang data inflasi AS dikeluarkan lewat hari ini, kata penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5690/5720 berbanding dolar AS daripada 4.5705/5755 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit bergerak dalam julat kecil hari ini berbanding dolar AS.
Beliau berkata ekonomi China terus mendapat perhatian susulan penguncupan data perdagangan dan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang negatif baru-baru ini.
Ini menunjukkan China memerlukan rangsangan ekonomi untuk berkembang pada kadar mampan bagi separuh kedua 2023, katanya.
"Malam ini, tumpuan akan diberikan kepada IHP AS yang dijangka meningkat sedikit kepada 3.3 peratus pada Julai daripada 3.0 peratus pada bulan sebelumnya, manakala IHP teras berkemungkinan kekal pada 4.8 peratus.
"Dalam beberapa keadaan, nampaknya terdapat kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global yang memerlukan dasar monetari yang akomodatif. Walau apapun keadaannya, situasi penghindaran risiko boleh membawa kepada permintaan yang lebih tinggi untuk dolar AS," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata ringgit ditutup dengan sedikit perubahan apabila pelabur mengelak daripada menyatakan pendapat kukuh sementara menunggu data IHP AS dikeluarkan.
"Bagaimanapun, saya percaya pasaran kini cenderung kepada pendekatan yang lebih semula jadi. Walaupun harga minyak mentah yang lebih tinggi biasanya menguntungkan ringgit, ini mungkin tidak berlaku jika ia mengakibatkan peningkatan hasil AS.
"Akibatnya, kita mungkin menyaksikan pertembungan antara kenaikan harga tenaga dan hasil AS yang lebih tinggi, terutama jika data inflasi AS melebihi jangkaan," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan susut berbanding pound British kepada 5.8296/8334 daripada 5.8187/8251 ketika ditutup pada Rabu serta lemah berbanding euro kepada 5.0350/0383 daripada 5.0175/0230.
Walau bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1760/1783 daripada 3.1897/1934 sebelum ini.
Pada masa sama, unit tempatan didagangkan tinggi berbanding mata wang negara Asean yang lain.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3948/3975 daripada 3.3979/4021 pada penutupan dagangan Rabu, serta stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 300.8/301.2 daripada 300.9/301.3 semalam.
Unit domestik naik berbanding peso Filipina kepada 8.12/8.13 dari 8.13/8.14 semalam dan meningkat berbanding baht Thailand pada 13.0112/0264 daripada 13.0791/0998 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Mohd Afzanizam berkata ringgit bergerak dalam julat kecil hari ini berbanding dolar AS. - Gambar fail/Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Ringgit rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6525/6580 berbanding dolar AS daripada 4.6330/6370 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS selepas susut tiga hari berturut-turut
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6695/6745 berbanding dolar AS daripada 4.7035/7085 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi, sejajar dengan pasaran mata wang asing yang lebih luas
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6655/6705 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6825 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS ekoran kekurangan pemangkin
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua berturut-turut pada Selasa, berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5690/5720 berbanding dolar AS daripada 4.5705/5755 ketika ditutup pada Rabu.