KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, menjelang data inflasi AS bagi November dikeluarkan lewat malam ini, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6830/6855 berbanding dolar AS daripada 4.6805/6850 ketika ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada RM4.6765 semasa sesi pagi, sebelum turun kepada RM4.6847 pada dagangan petang.
Beliau berkata pengumuman rombakan Kabinet Malaysia masih belum memberi kesan positif terhadap ringgit memandangkan pelabur menumpukan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) hari ini dan esok mengenai ringkasan unjuran ekonomi selain data inflasi AS lewat malam ini.
"Walau bagaimanapun, perubahan barisan Kabinet seharusnya memberi impak positif untuk pasaran mata wang dalam jangka masa sederhana kerana perlu ada kejelasan mengenai pelaksanaan dasar dan hasilnya," katanya.
Pada penutupan dagangan hari ini, ringgit diniagakan lemah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit domestik rendah berbanding pound Britain kepada 5.8842/8873 daripada 5.8782/8839 ketika ditutup pada Isnin, serta turun berbanding euro kepada 5.0548/0575 daripada 5.0414/0462.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.2212/2232 daripada 3.2034/2067 semalam.
Mata wang tempatan juga didagangkan rendah berbanding mata wang negara ASEAN lain.
Ringgit turun berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.43 daripada 8.41/8.42 semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.7/300.1 daripada 299.6/299.9.
Unit domestik susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4898/4920 daripada 3.4830/4866 pada Isnin serta lemah berbanding baht Thailand kepada 13.1261/1390 daripada 13.1103/1306.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6830/6855 berbanding dolar AS daripada 4.6805/6850 ketika ditutup pada Isnin. - Gambar hiasan/BERNAMA
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
Naratif kukuh kerajaan dorong ringgit antara mata wang berprestasi terbaik dunia - Rafizi
Rafizi berkata Malaysia berpotensi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sekiranya semua pihak memfokuskan untuk meningkatkan prestasi ringgit.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS susulan pengambilan untung
Mata wang tempatan berkurangan kepada 4.1430/1485 berbanding 4.1275/1310 semasa ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, melonjak ke paras tertinggi dalam 34 bulan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.
Inflasi rendah dorong ringgit teruskan kenaikan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2000/2060 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2070 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas
Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan melonjak kepada 4.2025/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi sejak 2 Feb, 2023 ketika ditutup hari ini.
Ringgit lepasi paras 4.30, cecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2975/3050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3330/3370 pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
IHP teras meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan pada Ogos, mengatasi jangkaan konsensus pada 0.2 peratus.