KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan tinggi terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu apabila hasil bon 10 tahun AS mencatatkan paras ketinggian baharu, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.6875/6915 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6850/6880 pada Isnin.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata hasil AS yang melonjak ke paras ketinggian baharu memberi kesan kepada ringgit ditambah dengan risiko serantau apabila pasaran agak tertekan dengan pergolakan pasaran hartanah yang sedang berlaku di China.
"Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) di AS mengejutkan pasaran dengan pendekatan menaikkan kadar yang membayangkan kemungkinan besar kenaikan lagi kadar pada tahun depan.
"Ini menyebabkan pasaran menilai semula kemungkinan kadar faedah kekal pada paras yang tinggi bagi satu tempoh yang lama lagi," katanya kepada Bernama.
Hasil bon 10 tahun AS meningkat 10 mata kepada 4.53 peratus.
Sementara itu ketua ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit terus kekal lemah berbanding dolar AS berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan penutupan operasi kerajaan AS menjelang 1 Okt.
Kongres AS sepatutnya meluluskan rang undang-undang perbelanjaan pada akhir September ini, jika tidak, ia akan menyebabkan penutupan operasi kerajaan, katanya.
Selain itu, dasar monetari ketat yang dilaksanakan Rizab Persekutuan AS telah membantu merangsang pemintaan terhadap dolar AS, kata Mohd Afzanizam.
"Kami percaya peserta pasaran mengambil pendekatan berhati-hati manakala sentimen mengelak risiko terus berlaku," katanya.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.9673/9716 daripada paras penutup 4.9825/9857 pada Isnin, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1489/1518 daripada 3.1523/1546.
Pada masa yang sama, ia diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean lain
Ringgit meningkat berbanding baht Thai kepada 12.8884/9043 daripada 12.9642/9772 pada Isnin, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 302.5/303.0 daripada 304.1/304.5, menokok berbanding peso Filipina kepada 8.23/8.2 daripada 8.25/8.26 dan menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.4275/4310 daripada 3.4295/4319 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.6875/6915 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6850/6880 pada Isnin. - Gambar hiasan/BERNAMA
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Malaysia dan Pakistan perkukuh kerjasama menentang ekstremisme
PM Anwar Ibrahim menyeru Malaysia dan Pakistan untuk memperhebat usaha bersama dalam memerangi keganasan melalui kerjasama risikan, strategi, dan pembaharuan pendidikan serta sosial.
Malaysia-Pakistan sasar tingkatkan hubungan perdagangan
PM Anwar Ibrahim dan Shehbaz Sharif komited meningkatkan perdagangan antara Malaysia dan Pakistan, dengan fokus pada eksport, teknologi pertanian, farmaseutikal, dan kerjasama sektor pekerja mahir.
Anwar akui usaha diplomatik hentikan kedegilan, kekejaman Israel tidak berkesan
Keberanian Israel bertindak sesuka hati di Palestin dan Lubnan, mungkin disebabkan sokongan diterima daripada Amerika Syarikat, tegas Perdana Menteri.
[LAPOR LANGSUNG] Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh sementara 151 lagi cedera akibat serangan Israel di seluruh Lubnan pada Khamis.
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Naratif kukuh kerajaan dorong ringgit antara mata wang berprestasi terbaik dunia - Rafizi
Rafizi berkata Malaysia berpotensi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sekiranya semua pihak memfokuskan untuk meningkatkan prestasi ringgit.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS susulan pengambilan untung
Mata wang tempatan berkurangan kepada 4.1430/1485 berbanding 4.1275/1310 semasa ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, melonjak ke paras tertinggi dalam 34 bulan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.
Inflasi rendah dorong ringgit teruskan kenaikan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2000/2060 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2070 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas
Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan melonjak kepada 4.2025/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi sejak 2 Feb, 2023 ketika ditutup hari ini.
Ringgit lepasi paras 4.30, cecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2975/3050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3330/3370 pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
IHP teras meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan pada Ogos, mengatasi jangkaan konsensus pada 0.2 peratus.