KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu ini lebih kukuh berbanding dolar US selepas dirangsang oleh sentimen positif bahawa China akan terus menyokong ekonominya bersama-sama mata wang serantau lain, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7275/7325 berbanding dolar US daripada 4.7280/7350 yang dicatatkan semasa Rabu kelmarin.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama selain disokong komitmen China, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan pada suku akhir tahun lalu juga nampaknya memberi kesan positif kepada ringgit.
KDNK AS berkembang pada kadar tahunan 3.3 peratus pada suku keempat, berdasarkan pengumuman Biro Analisis Ekonomi AS (BEA).
Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kerugian ringgit telah memulih apabila perhatian pasaran beralih kepada angka inflasi AS yang lebih lemah sebelum pelepasan indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS malam ini.
"Dagangan hari ini mencerminkan sentimen bercampur-campur memandangkan peniaga sedang mengemudi antara naratif yang bercanggah: data ekonomi AS yang teguh, yang mengurangkan jangkaan untuk pemotongan kadar jangka terdekat dan inflasi AS yang menyederhana, yang menyokong kes bagi pengurangan kadar.
"Ini telah mewujudkan kebuntuan dalam pasaran," kata Innes, sambil menambah faktor domestik telah menyokong ringgit termasuk harga minyak yang lebih tinggi dan permintaan yang stabil dalam pasaran saham tempatan, yang telah mengekalkan keuntungan melebihi paras 1,500 mata.
Sementara itu , ringgit diniagakan lebih mantap berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia menambah nilai berbanding pound Britain kepada 6.0120/0183 daripada 6.0343/0433 dan menokok berbanding euro kepada 5.1279/1333 daripada 5.1540/1616.
Ia juga naik berbanding yen Jepun kepada 3.1988/2024 daripada 3.2043/2093 sebelumnya.
Mata wang tempatan itu didagangkan bercampur-campur tetapi lebih baik berbanding mata wang Asean.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura pada 3.5267/5307 daripada 3.5331/5386 tetapi lebih rendah berbanding baht Thailand kepada 13.2679/2879 daripada 13.2493/2745 yang dicatatkan pada penutup Rabu.
Nota tempatan itu mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 298.7/299.1 daripada 300.9/301.4 tetapi tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.39/8.41 sebelum ini.
Pasaran ditutup pada Khamis (25 Jan) untuk perayaan Thaipusam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
![Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar US Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705667585_TBringgitmalaysia.jpg)
Mata wang tempatan itu didagangkan bercampur-campur tetapi lebih baik berbanding mata wang Asean. - Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Indeks kos bahan binaan naik 1.6 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan Indeks kos bahan binaan naik 1.6 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714118541_TBMohdUzirMahidin.jpg)
Indeks kos bahan binaan naik 1.6 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan
Indeks harga papan lapis mencatatkan peningkatan 1.6 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mei 2024 berbanding bulan sebelum itu.
![Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704366949_BURSAMALAYSIA.jpg)
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714051226_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
![Sentimen perniagaan Malaysia kembali positif pada suku pertama 2024 - BCI RAM-CTOS Sentimen perniagaan Malaysia kembali positif pada suku pertama 2024 - BCI RAM-CTOS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-06/51496914955_ringgit.jpg)
Sentimen perniagaan Malaysia kembali positif pada suku pertama 2024 - BCI RAM-CTOS
BCI RAM-CTOS, yang menilai sentimen perniagaan berpandangan ke hadapan di Malaysia, meningkat kepada 53.4 pada suku pertama 2024.
![Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664197854_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang Amerika Syarikat.
![Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, menjejaki sentimen positif di pasaran ekuiti, kata penganalisis.
![Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar US Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705667585_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7275/7325 berbanding dolar US daripada 4.7280/7350 yang dicatatkan semasa Rabu kelmarin.
![Sentimen positif pacu ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS Sentimen positif pacu ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Sentimen positif pacu ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6055/6125 berbanding dolar AS daripada paras 4.6275/6330 pada akhir urus niaga semalam.
![Sentimen positif global, aktiviti perelok akaun tingkatkan Bursa Malaysia Sentimen positif global, aktiviti perelok akaun tingkatkan Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703664880_BURSAMALAYSIA.jpg)
Sentimen positif global, aktiviti perelok akaun tingkatkan Bursa Malaysia
Sentimen positif daripada pasaran global dan aktiviti memperelokkan akaun meningkatkan Bursa Malaysia pada rehat tengah hari ini.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, didorong sentimen positif Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, didorong sentimen positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702334055_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, didorong sentimen positif
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6525/6565 berbanding dolar AS daripada 4.6555/6605 ketika ditutup pada Rabu.