KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan minggu ini dalam sentimen positif dengan kembalinya minat baharu selepas pembetulan baru-baru ini.
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Indeks barometer dibuka tinggi 1.63 mata kepada 1,602.30.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 263 berbanding 135 manakala 323 kaunter tidak berubah, 1,629 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 200.60 juta unit bernilai RM111.84 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka FBM KLCI diniagakan pada kecenderungan meningkat hari ini, disokong oleh penggantungan kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
"Tumpuan adalah pada Indeks Harga Pengguna (IHP) pada April yang akan dikeluarkan pada 15 Mei. Sehubungan itu, Dow Jones Index Average meningkat 125.0 mata manakala Nasdaq merosot 5.0 mata berikutan hasil 10 tahun AS naik kepada 4.50 peratus," katanya.
Indeks Hang Seng Hong Kong melonjak kepada paras hampir 19,000, didorong oleh keyakinan baharu terhadap pemulihan ekonomi China dan keputusan Xian untuk menghapuskan sekatan pembelian hartanah berikutan peneraju Hangzhou, menyasarkan untuk memacu pertumbuhan dalam sektor hartanah.
Dalam negara, saham wajaran tinggi Genting dan PPB, masing-masing meningkat 16 sen kepada RM4.71 dan RM15.64 manakala Genting Malaysia naik enam sen kepada RM2.69.
YTL dan CIMB, masing-masing menambah tiga sen kepada RM3.43 dan RM6.80 manakala Petronas Chemicals naik empat sen kepada RM6.95.
Bagi saham aktif, KNM dan Sealink International, masing-masing meningkat satu sen kepada 8.0 sen dan 23 sen, AwanBiru Technology melonjak 17.5 sen kepada 43 sen manakala AHB tidak berubah pada 16.5 sen dan Powerwell merosot 1.5 sen kepada 43 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 24.76 mata kepada 12,111.44, Indeks FBMT 100 meningkat 22.93 mata kepada 11,720.10 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 17.42 mata kepada 12,301.97.
Indeks FBM 70 melonjak 58.84 mata kepada 17,019.21 manakala Indeks FBM ACE naik 21.68 mata kepada 5,188.43.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 14.73 mata kepada 17,537.50, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.42 mata kepada 192.69, Indeks Perladangan menambah 1.02 mata kepada 7,425.45 dan Indeks Tenaga naik 0.99 mata kepada 986.15.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Bernama
PM hadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja ke Sarawak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menghadiri jamuan negeri sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak, yang bermula hari ini.
PM hulur bantuan khas kewangan kepada 18 individu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan bantuan khas kewangan kepada 18 individu yang memerlukan.
10 Berita Pilihan - (28 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bacaan RUU Mufti kali kedua, ketiga diteruskan pertengahan Oktober - Mohd Na'im
Kerajaan merancang meneruskan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada 16 atau 17 Okt ini.
Agenda AWANI: Analisis keputusan Mahkota Memilih
Peratusan keluar mengundi, perubahan pola sokongan dan kekuatan calon dijangka jadi penentu kepada PRK DUN Mahkota, persaingan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hari ini? Analisis keputusan Mahkota Memilih 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: DUN Mahkota | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyelia kilang rugi lebih RM1 juta terperdaya tawaran perniagaan dalam talian
Seorang penyelia kilang mengalami kerugian RM1.04 juta akibat terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian.
Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dalam letupan di stesen minyak Rusia
Punca letupan masih disiasat, bagaimanapun, faktor serangan telah diketepikan dan Jawatankuasa Siasatan Negara Rusia.
Anggota Tentera Darat ditemukan lemas di Tasik Empangan Linggiu
Mangsa dijumpai oleh unit skuba pada kedalaman 13 meter dengan kedudukan kira-kira tujuh meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
Mahkota Memilih: Menjelang pengumuman keputusan PRK DUN Mahkota
Perbincangan bersama Penganalisis Politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri mengenai PRK DUN Mahkota.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah Khamis dalam persekitaran sentimen serantau bercampur-campur berikutan impak daripada dasar monetari China.
Belian lewat bantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi
Belian lewat telah membantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi selepas jatuh pada tengah hari di tengah-tengah sentimen lembap dalam pasaran serantau.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan sentimen kukuh global
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.59 mata kepada 1,672.96 daripada 1,670.37 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring prestasi pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran Asia lain yang mendapat rangsangan daripada kenaikan di Wall Street.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan
Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok sebanyak 5.10 mata kepada 1,670.75 daripada paras penutup 1,665.65, semalam.