KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran akan meneliti data utama, termasuk data AS mengenai Indeks Harga Pengeluar, Indeks Harga Pengguna dan jualan runcit, untuk membina keyakinan mereka.
"Barisan pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) yang akan berkongsi pandangan mereka termasuk Naib Pengerusi Philip Jefferson dan ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) Loretta Mester dan Christopher Waller.
"Saya boleh menyatakan ringgit akan (didagangkan dalam) keadaan berhati-hati dan boleh kekal dalam julat kecil 4.73 hingga 4.74 minggu depan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata peserta pasaran juga akan menunggu data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (KDNK) Malaysia bagi suku pertama yang akan dikeluarkan pada 17 Mei.
"Kami mengunjurkan KDNK berkembang pada 4.0 peratus dalam tiga bulan pertama tahun ini didorong permintaan domestik yang mampan dan peningkatan perdagangan global," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata data inflasi AS minggu depan berpotensi mencetuskan penjualan ketara dolar AS jika data itu lebih rendah daripada jangkaan.
"Sebaliknya, jika menepati jangkaan, data itu boleh melanjutkan penjualan dolar AS semasa," katanya.
Beliau berkata pasaran dilihat meneliti banyaknya bukti mengenai kelemahan ekonomi AS sebagai tanda bahawa Fed dijangka bukan sahaja cenderung kepada kadar faedah rendah malah mungkin mempertimbangkan segera potongan kadar pada Julai.
"Walaupun unjuran ini mewakili pandangan yang sangat lemah terhadap dolar AS, ia sejajar dengan data unjuran terkini dan menunjukkan dolar AS akan lemah.
"Justeru, saya menjangkakan ringgit diniagakan dengan kecenderungan yang lebih kukuh minggu depan, dengan mengandaikan ketegangan AS-China tidak akan meningkat lagi.
Beliau berkata ringgit mungkin boleh menguji paras 4.72 minggu depan namun secara konservatif bergerak 4.7350 kepada 4.7550.
Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, ringgit serta mata wang negara Asean bertindak balas terhadap data pembayaran gaji bukan ladang AS yang rendah berbanding jangkaan baru-baru ini, serta mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia pada 9 Mei, apabila bank pusat memutuskan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.7385/7410 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 minggu lepas.
Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.9364/9395 daripada 5.9487/9525 minggu lepas dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.0428/0446 daripada 3.0947/0968.
Unit domestik turun berbanding euro kepada 5.1072/1098 daripada 5.0890/0922.
Ringgit didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.
Unit tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.9009/9137 daripada 12.8723/8850 pada Jumaat minggu lepas, dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 295.2/295.6 daripada 294.4/294.8.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5017/5038 daripada 3.5027/5054 minggu lepas, dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.25/8.26 daripada 8.25/8.27.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024
![Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624746038_WangRinggit.jpg)
Peserta pasaran akan meneliti data utama, termasuk data AS mengenai Indeks Harga Pengeluar, Indeks Harga Pengguna dan jualan runcit, untuk membina keyakinan mereka. - Gambar hiasan/Astro AWANI
![5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan 5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720100363_pertukaranMemorandu.jpg)
5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan
MOU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
![Edar dadah: Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan Edar dadah: Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701773562_Penjara.jpg)
Edar dadah: Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan ke atas seorang buruh yang didapati bersalah mengedar 299.17 gram dadah jenis methamphetamine, tiga tahun lepas.
![Arkib Negara giat jejak bahan arkib di luar negara Arkib Negara giat jejak bahan arkib di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720091839_JaafarSidekAbdulR.jpg)
Arkib Negara giat jejak bahan arkib di luar negara
Arkib Negara Malaysia (ANM) giat menjejak dan memperoleh bahan arkib yang berada di luar negara bagi melindungi hak serta kepentingan negara.
![Tze Liang ada peluang tipis ke Paris 2024 - Bryan Tze Liang ada peluang tipis ke Paris 2024 - Bryan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720092197_OlimpikParis.jpg)
Tze Liang ada peluang tipis ke Paris 2024 - Bryan
Atlet terjun negara Ooi Tze Liang mempunyai peluang tipis untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
![Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030 bakal sumbang RM36.8 bilion kepada KDNK - Tengku Zafrul Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030 bakal sumbang RM36.8 bilion kepada KDNK - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718953339_TBZAFRUL.jpg)
Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030 bakal sumbang RM36.8 bilion kepada KDNK - Tengku Zafrul
Sasaran kewujudan 3,000 kilang pintar dipacu teknologi 5G menjelang 2030 dijangka menyumbang RM36.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
![PRK Sg Bakap: Undi calon kerajaan negeri, bawa suara lebih efektif - Mohamad PRK Sg Bakap: Undi calon kerajaan negeri, bawa suara lebih efektif - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720094061_MohamadHasan.jpg)
PRK Sg Bakap: Undi calon kerajaan negeri, bawa suara lebih efektif - Mohamad
Pengundi di DUN Sungai Bakap digesa memberi sokongan kepada calon PH Dr Joohari Ariffin dan seterusnya memilih beliau sebagai wakil rakyat pada pengundian PRK kawasan itu Sabtu ini.
![Jemaah Islamiyah bubar, anggota serius turuti undang-undang Jemaah Islamiyah bubar, anggota serius turuti undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720105003_jemaahislamiyah.jpg)
Jemaah Islamiyah bubar, anggota serius turuti undang-undang
Menerusi video yang tular di media sosial, mereka menegaskan komitmen untuk menuruti undang-undang serta taat setia kepada Indonesia.
![Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719037630_AnthonyLoke.jpg)
Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.
AWANI Ringkas: Ajaran ekstremis | Rawatan penagih dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [04/07/2024] - Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi, elaun RM207,000 | Santuni penganut agama lain | 16 ahli Jemaah Islamiyah tamat jaringan
- Laporan Audit Negara dedah Majlis Profesor Negara salah guna wang.
- Semarakan akhlak Islam dalam negara dan rantau Asia, kata PM.
- Sah Jemaah Islamiyah Indonesia dibubar.
- KDN jamin siasatan telus dakwaan penyokong PH, gangguan seksual terhadap wartawan.
- Semarakan akhlak Islam dalam negara dan rantau Asia, kata PM.
- Sah Jemaah Islamiyah Indonesia dibubar.
- KDN jamin siasatan telus dakwaan penyokong PH, gangguan seksual terhadap wartawan.
![Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624746038_WangRinggit.jpg)
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.