KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada pagi dagangan Isnin meskipun permintaan yang sederhana untuk mata wang tempatan.
Pada 9.21 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6760/6810 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.6785/6825.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat ringgit dijangka mempamerkan prestasi yang lebih baik hari ini selepas data utama yang dikeluarkan di Amerika Syarikat minggu lepas menunjukkan Rizab Persekutuan AS mungkin mengamalkan pendirian monetari yang lebih akomodatif pada masa hadapan.
"Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan semerta pada RM4.6611 berbanding dolar AS," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ambank Research dalam satu nota penyelidikannya menyatakan ringgit mengukuh berikutan keputusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga yang diumumkan Jumaat lepas adalah lebih baik.
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi negara berkembang 3.3 peratus pada suku ketiga daripada 2.9 peratus pada suku kedua, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.
Pada 9.21 pagi, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 5.1006/1060 daripada penutup Jumaat 5.0771/0814, susut berbanding pound Britain menjadi 5.8282/8344 daripada 5.8056/8105 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1273/1309 daripada 3.1267/1296 sebelum ini.
Mata wang tempatan juga kebanyakan rendah berbanding mata wang ASEAN yang lain.
Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 301.8/302.2 daripada 301.9/302.3 tetapi lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4823/4863 daripada 3.4769/4801 pada Jumaat.
Ringgit turut rendah berbanding baht Thai kepada 13.3402/3609 daripada 13.3298/3481 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.40/8.41
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
Pada 9.21 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6760/6810 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Belanjawan 2025: STR, SARA dinaikkan kepada RM13 bilion
Kerajaan memberikan peningkatan tertinggi pada 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion berbanding RM 10 bilion.
Menggalakkan tabungan pendidikan tinggi anak-anak
PM berkata pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih SSPN dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun dan bersetuju GAPAI bersetuju pemberian geran padanan sehingga RM5,000
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
GEM Education sumbang RM100 juta untuk ASEM bangunkan ekosistem semikonduktor
Penjenamaan semula AI Nusantara kepada Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) menjadi sorotan utama hari kedua SDEC 2024.
Belum tentu pertahan Piala Dunia, Lionel Messi akui masih kemaruk trofi
Messi masih belum memuktamadkan masa depan jangka panjangnya dan hanya berhajat untuk fokus menikmati permainannya.
PM Anwar ajak renung bait-bait nukilan penyair W.S. Rendra ‘Sajak Anak Muda’
Pada Belanjawan 2025 kali ini, PM Anwar turut mengajak merenung nukilan penyair W.S. Rendra ‘Sajak Anak Muda’.
Antara baitnya,
"Lalu akhirnya
Menikmati masa bodoh dan santai.
Di dalam kegagapan,
Kita hanya bisa membeli dan memakai,
Tanpa bisa mencipta."
#Belanjawan2025
Antara baitnya,
"Lalu akhirnya
Menikmati masa bodoh dan santai.
Di dalam kegagapan,
Kita hanya bisa membeli dan memakai,
Tanpa bisa mencipta."
#Belanjawan2025
Tidak harus dipertikai sebab Sabah Sarawak diberi perhatian khusus
Menurut PM Anwar Ibrahim, mulai 2025, Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM600 juta.
Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan
Bagaimanapun jelas PM, ketika ini bukan masanya melaksanakan projek mega sebaliknya pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat
RM2.9 bilion peruntukan bantuan tunai ditambah di bawah JKM
Peningkatan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM2.9 bilion.
Kadar gaji minimum naik kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Feb 2025
Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
Belanjawan 2025 : MyCC disediakan RM27 juta - PM Anwar
Setakat September lalu, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjaya memecahkan tembok penguasaan kartel, penipuan bida melibatkan jumlah penalti hampir RM600 juta melibatkan lebih 350 syarikat.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.
Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2865/2910 berbanding dolar AS daripada 4.2910/2940 ketika ditutup semalam.
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur susulan sentimen serantau lebih lemah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat susulan nasihat yang lebih lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.
Ringgit ditutup rendah ketika hasil AS meningkat
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang mendadak.
Naratif kukuh kerajaan dorong ringgit antara mata wang berprestasi terbaik dunia - Rafizi
Rafizi berkata Malaysia berpotensi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sekiranya semua pihak memfokuskan untuk meningkatkan prestasi ringgit.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS susulan pengambilan untung
Mata wang tempatan berkurangan kepada 4.1430/1485 berbanding 4.1275/1310 semasa ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, melonjak ke paras tertinggi dalam 34 bulan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.