KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada pagi ini dan turut meningkat berbanding kumpulan mata wang utama lain serta mata wang negara-negara Asean berikutan sentimen positif daripada kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai penilaian mata wang tempatan itu.
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7580/7620 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7585/7635 pada Selasa.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jaminan bank pusat itu berkaitan penilaian ringgit membantu menambah nilai unit tempatan dan keadaan ini dijangka berterusan sepanjang hari ini.
Semalam, Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata ringgit pada masa ini telah terkurang nilai atau dinilai rendah.
Berikutan itu, bank pusat berkenaan telah meningkatkan perbincangan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat korporat dan pelabur untuk menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan MADANI tidak memandang ringan isu penurunan ringgit dan BNM telah dipertanggungjawabkan untuk memantau mata wang itu secara rapi.
Mohd Afzanizam berkata peserta pasaran pertukaran asing juga akan menumpukan perhatian mereka kepada pengumuman inflsai perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) esok (Khamis).
"Indeks Dolar AS kekal kukuh sekitar 103 mata selepas mencecah 105 mata pada 13 Feb. ini akan menyediakan sokongan kepada ringgit walaupun keadaan tidak menentu masih berterusan,"katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1623/1652 daripada 3.1671/1706 pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0322/0373 daripada 6.0362/0425 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.1586/1630 daripada 5.1625/1679 sebelumnya.
Ringgit juga mencatatkan prestasi kukuh berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2627/2787 daripada 13.2782/2984 pada Selasa dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5404/5439 daripada 3.5419/5459.
Ringgit juga naik berbanding peso Filipina kepada 8.47/8.48 daripada 8.48/8.49 dan meningkat berbanding rupaih Indonesia kepada 304.0/304.5 daripada 304.1/304.6.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7580/7620 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7585/7635 pada Selasa. -Gambar fail/Reuters
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Malaysia dan Indonesia baharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala
Kedua-dua bank pusat itu memeterai pembaharuan LCBSA susulan perjanjian pertama yang dimeterai pada 2019 dan diperbaharui pada 2022.
Ringgit mengukuh susulan penurunan kadar AS, prospek positif ekonomi Malaysia - BNM
Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.
Malaysia, Kemboja lancarkan jalinan pembayaran QR rentas sempadan - BNM
Menerusi jalinan ini, pengguna dan peniaga di kedua-dua negara boleh membuat dan menerima pembayaran rentas sempadan melalui kod QR secara masa nyata.
Bank Negara dijangka tidak ikuti penurunan kadar faedah Fed AS - Penganalisis
Bank Negara dijangka tidak mengikuti langkah agresif Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang telah menurunkan kadar faedah sebanyak setengah mata.
Ekonomi negara makin berkembang, pelabur semakin percayakan Malaysia - Gabenor BNM
Prospek jangka panjang ekonomi negara adalah cerah kerana pelaburan kembali meningkat dengan kukuh.
Peniaga kerugian lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang peniaga kerugian RM136,700 selepas terperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB
Ringgit dijangka diniagakan hampir pada paras 4.40 menjelang akhir tahun berikutan petanda yang membayangkan Fed AS mungkin mengurangkan kadarnya hanya 50-75 mata asas tahun ini.
Menyamar kakitangan platform e-dagang taktik penipuan terbaru
Menyamar sebagai kakitangan platform e-dagang merupakan taktik terbaru sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang mencatatkan kerugian RM3.92 juta dalam tempoh lapan bulan tahun ini.