KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah pada Jumaat sebelum data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) teras AS dikeluarkan lewat hari ini, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4120/4170 berbanding dolar AS daripada 4.4185/4225 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.48 peratus kepada 102.144 dalam tempoh semalaman.
Beliau berkata ini ekoran kekurangan hala tuju pasaran selain pelabur menunggu lebih banyak pemacu selepas dua petunjuk ekonomi utama di AS amat hampir mencapai jangkaan.
"Nampaknya angka makro semakin lemah di AS yang akan mengukuhkan pendirian cenderung kepada kadar faedah rendah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada masa hadapan. Malam ini kita akan menyaksikan kadar inflasi PCE teras, yang merupakan ukuran inflasi pilihan Fed, diumumkan.
"Konsensus menjangkakan PCE teras boleh kekal pada 4.7 peratus tahun ke tahun pada Februari. Sekiranya kadar inflasi berubah kepada lebih rendah, ia boleh menyebabkan dolar AS yang lebih lemah selepas ini," katanya kepada Bernama.
Bacaan akhir untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK ) AS bagi suku keempat 2022 dilaporkan berada pada kadar tahunan 2.6 peratus berbanding jangkaan pasaran pada 2.7 peratus.
Sementara itu, pasaran buruh AS sedikit lemah dengan tuntutan pengangguran awal meningkat kepada 198,000 minggu lepas daripada 191,000 pada minggu sebelumnya.
Di peringkat tempatan, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.4704/4766 daripada 5.4533/4582 ketika ditutup pada Khamis; dan rendah berbanding euro kepada 4.8157/8212 daripada 4.7985/8028.
Walau bagaimanapun, unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3113/3153 daripada 3.3282/3315 sebelumnya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara-negara Asean.
Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3228/3271 daripada 3.3244/3279 pada penutupan semalam; serta naik berbanding peso Filipina kepada 8.11/8.12 daripada 8.12/8.13 selain tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 293.20/293.60 daripada 293.60/294.00.
Walau bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9229/9428 daripada 12.8970/914722 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680235618_Duitjutakela.jpg)
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4120/4170 berbanding dolar AS daripada 4.4185/4225 ketika ditutup pada Khamis. - Gambar hiasan
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Astro AWANI terus pacu usaha pemerkasaan PMKS
Hari terakhir siri Jelajah Jiwa SME 2024 menyaksikan kehadiran warga Johor yang tidak melepaskan peluang bagi bersama dalam misi memperkasakan usahawan tempatan.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![Maybank jangka ringgit naik kepada RM4.60 berbanding dolar AS akhir tahun ini Maybank jangka ringgit naik kepada RM4.60 berbanding dolar AS akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717999211_Duitjutakela.jpg)
Maybank jangka ringgit naik kepada RM4.60 berbanding dolar AS akhir tahun ini
Maybank Research menjangkakan ringgit lebih kukuh akhir tahun ini pada RM4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
![Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716177178_Duitjutakela.jpg)
Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
![Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713589408_Duitjutakela.jpg)
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
![Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710841370_TBAMIRHAMZAH.jpg)
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
![Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
![Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702446638_LimHuiYing.jpg)
Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710826372_TBAMIRHAMZAH.jpg)
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
![Jangan kongsi maklumat tidak tepat ringgit cecah RM4.98 - Fahmi Jangan kongsi maklumat tidak tepat ringgit cecah RM4.98 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710583438_TBKADARRINGGIT.jpg)
Jangan kongsi maklumat tidak tepat ringgit cecah RM4.98 - Fahmi
Orang ramai diingat supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti berhubung data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit mencecah RM4.98.
![Ringgit dijangka kukuh ke paras RM4.50 hujung tahun ini - Amir Hamzah Ringgit dijangka kukuh ke paras RM4.50 hujung tahun ini - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709181370_TBDATUKSERIAMIR.jpg)
Ringgit dijangka kukuh ke paras RM4.50 hujung tahun ini - Amir Hamzah
Perkembangan tersebut berdasarkan analisa perbankan yang melihat pertumbuhan positif ekonomi negara selain keyakinan pelabur terhadap syarikat tempatan.
![Ringgit 'undervalued', BNM tingkat perbincangan galak aliran masuk - Gabenor Ringgit 'undervalued', BNM tingkat perbincangan galak aliran masuk - Gabenor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701595519_AbdulRasheedGhaffo.jpg)
Ringgit 'undervalued', BNM tingkat perbincangan galak aliran masuk - Gabenor
Memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi.