KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan kebanyakan pelabur mengelak daripada membuat keputusan besar menjelang hari pengundian pilihan raya di enam negeri di Malaysia minggu ini.
Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5860/5905 berbanding dolar AS daripada 4.5815/5845 ketika ditutup pada Selasa.
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS naik berbanding ringgit memandangkan peralihan meningkat itu dianggap sebagai tindak balas semula jadi dalam pasaran yang sebelum ini susut sebanyak 4.06 peratus bagi tempoh 26 Jun, 2023 hingga 31 Julai, 2023.
"Paras semasa 4.5800 adalah penting dalam konteks carta harian kerana ia menandakan titik rintangan utama. Paras ini bertepatan dengan titik pelepasan daripada garis aliran kenaikan berterusan pada carta yang sama.
"Daripada perspektif teknikal, jika pasangan mata wang USD/MYR berjaya melepasi nilai terendah yang dicatatkan dalam pergerakan lilin semalam, iaitu pada 4.5550, kemungkinan ada potensi untuk ia susut lagi, mungkin mencecah serendah 4.5050," katanya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia mencatatkan penurunan yang lebih ketara berbanding jangkaan iaitu menguncup 2.2 peratus pada Jun.
"Penurunan ini menunjukkan permintaan luar yang semakin lemah untuk negara, memberi kesan kepada industri yang berorientasikan eksport.
"Oleh itu, ringgit Malaysia dijangka terus menunjukkan kelemahan berbanding dolar AS, memandangkan sentimen mengelak risiko boleh menguasai pasaran, membawa kepada peningkatan permintaan terhadap dolar AS," katanya kepada Bernama.
Ringgit juga diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1998/2032 daripada 3.2027/2050 ketika ditutup pada Selasa, serta tinggi berbanding euro kepada 5.0263/0312 daripada 5.0264/0297.
Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.8458/8515 daripada 5.8332/8370 semalam.
Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean lain.
Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4016/4054 daripada 3.4030/4055 semasa ditutup pada Selasa, dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.12/8.14 daripada 8.14/8.15.
Ringgit juga naik berbanding baht Thailand kepada 13.0808/0992 daripada 13.1050/1184 namun susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.3/301.7 daripada 301.0/301.3 pada penutupan dagangan semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5860/5905 berbanding dolar AS daripada 4.5815/5845 ketika ditutup pada Selasa. -Gambar fail/Reuters

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4150/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 ketika ditutup semalam.

Indeks dolar AS susut, ringgit terus mengukuh pada sesi awal
Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar AS dalam sesi urus niaga awal Rabu ketika DXY jatuh kepada 103.419 mata.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Ringgit dibuka kukuh didorong jangkaan tinggi terhadap penurunan kadar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.4085/4210 berbanding dolar AS daripada 4.4110/4145 pada Jumaat lepas.

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

Ringgit dibuka tinggi untuk hari kelima berturut-turut
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut berikutan ketidaktentuan mengenai dasar tarif AS.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS susulan peningkatan minat risiko global
Pada 6 petang, unit tempatan mencatatkan peningkatan ketara kepada 4.4270/4320 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada Selasa.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.