KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila mata wang negara maju itu mengukuh menjelang pengeluaran data senarai pembayaran gaji bukan ladang (NFP) AS lewat hari ini, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5200/5245 berbanding dolar AS daripada 4.5170/5200 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran berhati-hati mengenai NFP, yang dijangka berkurangan kepada 205,000 pada Februari, selepas melonjak kepada 517,000 pada Januari.
NFP boleh menjadi pemangkin untuk dagangan dalam pasaran pertukaran asing berdasarkan perubahan dalam pekerjaan.
"Indeks dolar AS kekal tinggi pada lebih 105 mata namun 0.39 peratus lebih rendah apabila indeks ini ditutup. Oleh itu, ringgit dijangka kekal dalam lingkungan RM4.50 hingga RM4.51 berbanding dolar AS hari ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sememangnya telah dijangkakan oleh pasaran, dan ini menandakan sedikit kestabilan ekonomi.
"Dari sudut pandang teknikal, pasangan dolar AS-ringgit kini berada dalam zon rintangan yang penting.
"Jika ia berjaya menembusi di bawah 4.4680, ia mungkin susut serendah 4.3650 dalam beberapa hari. Sebaliknya, jika harga itu menembusi melebihi 4.5350, ia boleh meningkat kepada 4.5800," katanya.
Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3245/3283 daripada 3.3160/3184 ketika ditutup pada Khamis serta rendah berbanding pound British kepada 5.3924/3977 daripada 5.3608/3643.
Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 4.97698/7.78698 7722.
Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.
Mata wang tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.9161/9356 daripada 12.8814/8962 semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 292.90/293.20 daripada 292.70/292.90.
Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3397/3433 daripada 3.3405/3432 pada Khamis dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.18/8.20 daripada 8.18/8.18.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5200/5245 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Naratif kukuh kerajaan dorong ringgit antara mata wang berprestasi terbaik dunia - Rafizi
Rafizi berkata Malaysia berpotensi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sekiranya semua pihak memfokuskan untuk meningkatkan prestasi ringgit.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS susulan pengambilan untung
Mata wang tempatan berkurangan kepada 4.1430/1485 berbanding 4.1275/1310 semasa ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, melonjak ke paras tertinggi dalam 34 bulan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.
Inflasi rendah dorong ringgit teruskan kenaikan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2000/2060 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2070 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas
Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan melonjak kepada 4.2025/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi sejak 2 Feb, 2023 ketika ditutup hari ini.
Ringgit lepasi paras 4.30, cecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2975/3050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3330/3370 pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
IHP teras meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan pada Ogos, mengatasi jangkaan konsensus pada 0.2 peratus.