KUALA LUMPUR: Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan permintaan yang perlahan terhadap mata wang tempatan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini.
Pada 8.05 pagi, ringgit merosot kepada 4.6650/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6600/6625 pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit akan diniagakan pada paras semasa berbanding dolar AS berikutan jangkaan kekal bahawa Rizab Persekutuan AS akan menurunkan kadar faedah.
Beliau berkata pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua 2024 mencatatkan lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 2.8 peratus berbanding anggaran konsensus sebanyak 2.0 peratus dan lebih tinggi daripada 1.4 peratus pada suku tahun sebelumnya.
Katanya tuntutan pengangguran awal juga lebih rendah kepada 235,000 pada minggu lepas berbanding unjuran konsensus sebanyak 237,000.
"Walaupun data masih stabil, pengumuman pada malam ini akan menjadi lebih penting dengan inflasi harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) dijangka mencatatkan lebih rendah kepada 2.4 peratus pada Jun berbanding 2.6 peratus pada Mei.
"Begitu juga, PCE utama akan susut lagi kepada 2.5 peratus daripada 2.6 peratus sebelum ini," katanya.
Sementara itu, mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0363/0398 daripada 3.0598/0616 semalam, mengukuh berbanding pound kepada 5.9978/6.0042 daripada 6.0039/0072, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 5.0629/0684 daripada 5.0570/0597 semalam.
Bagaimanapun, ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8789/8991 daripada 12.8875/9005 pada Khamis dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4733/4773 daripada 3.4714/4735 semalam.
Berbanding rupiah, mata wang tempatan merosot kepada 287.0/287.5 daripada 286.7/287.0 dan berbanding peso, kepada 7.96/7.97 daripada 7.95/7.96 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024

Pada 8.05 pagi, ringgit merosot kepada 4.6650/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6600/6625 pada Khamis. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.