KUALA LUMPUR: Indeks Dolar AS (DXY) yang mengukuh semalaman selepas dirangsang oleh peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mendorong ringgit dibuka rendah pagi ini berbanding dolar AS, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4130/4185 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Isnin pada paras 4.4070/4120.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY AS terus bergerak tinggi sebanyak 0.48 peratus kepada 102.578 mata selepas Rizab Persekutuan (Fed) mengekalkan pendirian mereka terhadap kenaikan kadar faedah.
Dilaporkan bahawa ahli jawatankuasa penetapan kadar John Carroll Williams yang merupakan Presiden Fed Bank of New York berkata kadar kenaikan kadar adalah punca utama kejatuhan dua bank pada bulan Mac.
"Justeru, pasaran menjangkakan satu lagi kenaikan suku mata dalam Kadar Dana Fed pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan datang pada 2-3 Mei.
"Bagi ringgit, ia akan kekal lemah dan bergerak dalam julat yang sempit," kata Afzanizam kepada Bernama.
Selain itu, peserta pasaran turut menantikan data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS yang akan dikeluarkan pada Rabu, katanya.
"Tetapi buat masa ini, pasaran mata wang bimbang mengenai keputusan Fed dan akan memantau dengan teliti data CPI AS," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.8000/8060 daripada 4.8063/8117 pada penutup Isnin, meningkat berbanding pound Britain untuk mencatatkan paras 5.4712/4781 daripada 5.4801/4863 dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.3076/3120 berbanding 3.3346/3386 sebelumnya.
Berbanding mata wang Asean pula, ringgit diniagakan bercampur-campur.
Mata wang tempatan meningkat berbanding peso Filipina pada 8.08/8.11 daripada 8.10/8.11 sebelumnya dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3131/3174 daripada 3.3158/3200.
Ringgit menyusut nilai rupiah Indonesia pada 296.10/296.60 daripada 295.70/296.10 pada penutup Isnin dan turun berbanding baht Thailand kepada 12.8408/8624 daripada 12.8338/8547 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4130/4185 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.