KUALA LUMPUR: Ringgit mencatat prestasi rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat berikutan kekurangan momentum belian ketika permintaan terhadap dolar AS terus meningkat kerana dilihat sebagai aset selamat.
Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.5670/5710 berbanding dolar AS daripada paras 4.5660/5695, semalam.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini hanya membuktikan bahawa bank pusat AS akan meneruskan dasar monetari yang ketat bagi membendung kenaikan inflasi.
"Malah, pasaran turut menjangkakan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) akan meneruskan pendirian itu sehingga akhir tahun yang berkemungkinan menyaksikan kadar faedah itu dalam julat 4.0-4.5 peratus.
"(Berikutan itu) dolar AS akan terus mengukuh berbanding ringgit sehingga mencecah pada paras 4.6000," katanya.
Bagaimanapun, dari sudut teknikal, Diniz berkata dolar AS berada dalam situasi terlebih beli berbanding ringgit yang akan menjadi pertimbangan bagi pelabur yang memilih mata wang terbabit.
Pada sesi awal hari ini, ringgit mencatat prestasi bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.
Ringgit susut berbanding yen kepada 3.2139/2172 daripada 3.1890/1919 semalam dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2207/2238 daripada 3.2196/2225.
Bagaimanapun, unit tempatan itu mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1447/1492 daripada 5.1564/1603 dan meningkat berbanding euro kepada 4.4958/4997 daripada 4.5002/5037.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.5670/5710 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.