KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila nilai dolar AS mengukuh berikutan kebimbangan berlakunya kelembapan ekonomi, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.4920/4970 berbanding dolar AS daripada kadar penutup hari Jumaat 4.4765/4835.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS meningkat berbanding mata wang utama lain kerana kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi semakin meningkat, walaupun kadar inflasi global telah menyederhana manakala Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) kemungkinan menghentikan seketika kenaikan kadar faedah.
"Mesyuarat berkenaan tahap siling hutang AS yang sepatutnya diadakan minggu ini juga akan dipantau dengan teliti untuk melihat sama ada had hutang akan dimansuhkan pada bulan Jun.
Selain itu, Mohd Afzanizam berkata titik data turut menunjukkan pertumbuhan yang menyederhana dan trend disinflasi.
"Jadi, kini tiba masanya untuk melihat kesan terhadap makroekonomi memandangkan transmisi dasar monetari akan mengambil sedikit masa untuk memberi kesan yang bermakna.
"Oleh itu, pasaran pertukaran asing akan terus terkawal, sekali gus menyokong dolar AS," katanya sambil menambah ringgit dijangka kekal lemah dengan paras rintangan seterusnya pada RM4.5491.
Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.8752/8806 daripada 4.8839/8915 pada penutupan hari Jumaat, naik berbanding yen Jepun kepada 3.3061/3103 daripada 3.3233/3290 dan meningkat berbanding pound Britain pada 5.5930/5992 daripada 5.6082/6169 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang Asean.
Nilai ringgit lemah berbanding baht Thailand kepada 13.3029/3260 daripada 13.1658/1922 pada penutup Jumaat dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 304.4/305.0 daripada 303.4/304.1 minggu lepas.
Ringgit turut merosot nilai menjadi 3.3562/3605 berbanding dolar Singapura daripada 3.3552/3609 pada Jumaat lepas dan menyusut berbanding peso Filipina pada 8.04/8.06 daripada 8.02/8.04 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.4920/4970 berbanding dolar AS daripada kadar penutup hari Jumaat 4.4765/4835. -Gambar fail/Reuters

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.