KUALA LUMPUR: Maxis Bhd melantik Tan Sri Mokhzani Mahathir sebagai pengerusi baharunya bagi menggantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda susulan keputusan beliau untuk meletakkan jawatan berkuatkuasa 22 April 2021.
Arshad telah berkhidmat sebagai pengerusi Maxis sejak ia disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2009, demikian menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini.
Ketika ini, Mokhzani adalah Pengarah Bebas Kanan Lembaga Maxis.
Sementara itu, Arshad akan meneruskan perkhidmatannya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Maxis.
"Menjadi satu keistimewaan dan penghormatan untuk berkhidmat sebagai pengerusi Maxis selama 11 tahun, bekerja bersama-sama ahli lembaga yang lain untuk membimbing syarikat dalam transformasinya yang luar biasa daripada penggiat mudah alih terkemuka kepada penyedia penyelesaian konvergen utama di negara ini.
"Saya berbangga dengan apa yang telah kami capai dan bagaimana kami terus berkhidmat kepada pelanggan dan pihak berkepentingan dalam persekitaran digital yang berkembang pesat. Setinggi-tinggi penghargaan kepada lembaga, pengurusan dan pekerja Maxis yang mana saya mendapat sokongan hebat daripada mereka," katanya.
Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk beliau melepaskan peranan pengerusi itu kepada ahli lembaga yang lebih muda.
"Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Mokhzani atas pelantikan ini. Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai pemimpin korporat dan usahawan dan memiliki banyak pengetahuan mengenai industri telekomunikasi, menganggotai lembaga selama beberapa tahun dan beberapa jawatankuasa lembaga.
"Saya yakin dengan sokongan dan komitmen berterusan daripada setiap individu di Maxis, syarikat ini akan berkembang menjadi lebih berjaya di bawah kepimpinan beliau," kata Arshad.
Ketika ini, Mokhzani mempengerusikan Jawatankuasa Audit dan Risiko Maxis dan anggota Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta Jawatankuasa Hal Ehwal Kerajaan dan Kawal Selia.
Beliau akan melepaskan peranannya sebagai Pengarah Bebas Kanan dan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Risiko selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Maxis pada 22 April ini.
Sebanyak 62 peratus daripada kepentingan Maxis Berhad dipegang secara tidak langsung oleh Binariang GSM Sdn Bhd, yang mana Saudi Telekom Company mempunyai kepentingan sebanyak 25 peratus manakala baki 75 peratus lagi dimiliki Harapan Nusantara Sdn Bhd, Usaha Tegas Sdn Bhd dan gabungannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 22 2021
![Raja Arshad letak jawatan, Maxis lantik Mokhzani sebagai pengerusi baharu Raja Arshad letak jawatan, Maxis lantik Mokhzani sebagai pengerusi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616424727_itarAntarabangsaSe.jpg)
Maxis Bhd melantik Tan Sri Mokhzani Mahathir sebagai pengerusi baharunya bagi menggantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda susulan keputusan beliau untuk meletakkan jawatan. - Gambar fail/BERNAMA
!['Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang 'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738978648_sultanpahang.jpg)
'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.
![Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738975701_HarryMaguire.jpg)
Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United
Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.
![Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25 Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738975632_jemputisteribalik.jpg)
Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.
![Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738978105_sultanpahang.jpg)
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
AWANI Pagi: Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temu bual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
![Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738682250_DonaldTrump.jpg)
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut bilangan ejen yang akan dipecat dan bila pemecatan akan dibuat.
![ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738971216_TomokoAkane.jpg)
ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya
Tindakan tersebut mengancam kebebasan dan peranan penting mahkamah dalam menegakkan keadilan kepada mangsa kekejaman global.
![Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738977452_sultanpahang.jpg)
Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai produk tarikan pelancongan.
![[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh [KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738334981_nisanaceh.jpg)
[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh
Kota Tinggi sangat wajar diangkat sebagai tapak warisan dunia oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Amirul Aiman
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
![Maxis rekod keuntungan bersih RM1.181 bilion pada 2022 Maxis rekod keuntungan bersih RM1.181 bilion pada 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677136385_maxis.jpg)
Maxis rekod keuntungan bersih RM1.181 bilion pada 2022
Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Maxis berkata keuntungan pada tahun lepas merosot 9.7 peratus disebabkan Cukai Makmur yang dikenakan tahun tersebut.
![Raja Arshad letak jawatan, Maxis lantik Mokhzani sebagai pengerusi baharu Raja Arshad letak jawatan, Maxis lantik Mokhzani sebagai pengerusi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616424727_itarAntarabangsaSe.jpg)
Raja Arshad letak jawatan, Maxis lantik Mokhzani sebagai pengerusi baharu
Maxis Bhd melantik Tan Sri Mokhzani Mahathir sebagai pengerusi baharunya bagi menggantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda susulan keputusan beliau untuk meletakkan jawatan.
![Maxis sasar 10,000 pelajar untuk akses portal 'eKelas' pada akhir tahun Maxis sasar 10,000 pelajar untuk akses portal 'eKelas' pada akhir tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41519216482_Maxis.jpg)
Maxis sasar 10,000 pelajar untuk akses portal 'eKelas' pada akhir tahun
Maxis Bhd berhasrat mempunyai 10,000 pelajar yang mengakses portal "eKelas" pada akhir tahun dan 100,000 menjelang 2022.
![Dua kali data percuma untuk pelanggan MaxisONE Dua kali data percuma untuk pelanggan MaxisONE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61478850837_MaxisOnePlan.jpg)
Dua kali data percuma untuk pelanggan MaxisONE
Pelanggan Pelan MaxisONE (MOP) akan menikmati penambahan kuota data percuma dua kali secara automatik antara 15 dan 19 Nov.