Industri automotif perlu menubuhkan badan khusus bagi mengawal selia pusat perkhidmatan kereta di negara ini.
Ia berikutan sikap tidak sensitif segelintir pengeluar kereta berhubung kepuasan pengguna dan aduan yang tidak dilayani dan diselesaikan dengan wajar.
Presiden Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Profesor Datuk Dr. Marimuthu Nadason berkata undang-undang sedia ada perlu diperhalusi bagi memastikan hak pengguna kenderaan dapat dipenuhi.
Pada 2014, berdasarkan rekod NCCC, pengguna kereta di Malaysia mengalami kerugian lebih 25 juta ringgit disebabkan perkhidmatan yang tidak memuaskan dari pusat perkhidmatan pengeluar kereta.
Bagi Pusat Khidmat Aduan Pengguna itu, lebih mengecewakan lagi apabila aduan yang diterima banyak berkait dengan pengeluar kereta tempatan.
"NCCC menggesa pembuat kereta menjalankan kajian mendalam mengenai kebolehgunaan dan kemampanan aksesori kereta, alat ganti untuk kereta baru atau terpakai.
"Perhatian terhadap perkhidmatan pelanggan selepas jualan sahaja tidak memadai. Bekalan alat ganti hendaklah sentiasa mencukupi," katanya.
Menurut Marimuthu, sifat mahu mengaut keuntungan dan kegagalan mematuhi standard keselamatan di kalangan penggiat industri automotif perlu dihentikan.
Persatuan Automotif Malaysia digesa untuk memastikan ahli yang berdaftar di bawah mereka lebih bertanggungjawab dalam memastikan tahap perkhidmatan pelanggan lebih efektif.
"Kita mahu Persatuan Automobil memastikan ahli yang berdaftar supaya lebih prihatin terhadap aduan yang diterima.
"Contohnya apabila pengguna yang membeli kereta baru tidak berpuas hati, perkhidmatan pelanggan perlu lebih efektif," kata Marimuthu pada sidang media selepas pelancaran Laporan Tahunan NCCC 2014 di sini, hari ini.
Marimuthu menekankan keperluan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memastikan setiap aduan diselesaikan dan mengenakan tindakan denda jika syarikat enggan bekerjasama.
Sementara itu, pada pembentangan laporan tahunan NCCC, pengguna Malaysia secara keseluruhannya mengalami kerugian hampir 70 juta ringgit pada 2014 disebabkan kualiti produk dan perkhidmatan yang tidak memuaskan.
Lima sektor telah dikenalpasti menerima aduan tertinggi iaitu, E-Dagang, Produk Pengguna AM, Telekomunikasi dan Jalur Lebar, Automobil dan Bengkel Kereta serta Pelancongan.
Dania Zainuddin
Mon Oct 05 2015
![Pusat perkhidmatan kereta perlu dikawal selia Pusat perkhidmatan kereta perlu dikawal selia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444039544_DrMarimuthuNadason.jpg)
Marimuthu: Undang-undang sedia ada perlu diperhalusi bagi memastikan hak pengguna kenderaan dapat dipenuhi. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720836204_kereta.jpg)
SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia
Acara yang sedang berlangsung di di KL Base, Sungai Besi tampilkan legenda automotif Shoji Inoue, Jin Horino dan Daijiro Inada dari Jepun.
![Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675186355_TBMiti.jpg)
Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera
Mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan
![Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024 Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716519800_Tarantula.jpg)
Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024
Penyertaan kali pertama Mildef memberi peluang kepada peminat automotif mendekati kenderaan perisai yang dibangunkan syarikat tempatan itu.
![Untung bersih DRB-Hicom susut 15.2 peratus disebabkan caj cukai lebih tinggi Untung bersih DRB-Hicom susut 15.2 peratus disebabkan caj cukai lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41593102269_DRBHicom.jpg)
Untung bersih DRB-Hicom susut 15.2 peratus disebabkan caj cukai lebih tinggi
Bagaimanapun, kumpulan itu merekodkan pertumbuhan 5.0 peratus dalam PBT kepada RM210.76 juta berbanding RM200.77 juta sebelumnya.
![Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707108299_TBProtonjpg.jpg)
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
![Elegan dan premium, Honda lancar CR-V serba baharu Elegan dan premium, Honda lancar CR-V serba baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702631005_TBCRVjpg.jpg)
Elegan dan premium, Honda lancar CR-V serba baharu
CR-V serba baharu menawarkan pilihan khusus untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelbagai pelanggan.
![Pembangunan AHTV di Tanjung Malim tingkat nilai pelaburan hingga RM40 bilion - MB Pembangunan AHTV di Tanjung Malim tingkat nilai pelaburan hingga RM40 bilion - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694960504_TBSaarani.jpg)
Pembangunan AHTV di Tanjung Malim tingkat nilai pelaburan hingga RM40 bilion - MB
Faktor utama peningkatan nilai pelaburan AHTV itu dipengaruhi oleh pemindahan operasi Proton dari Shah Alam ke Tanjung Malim.
![Proton buka pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia Proton buka pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687171009_Proton.jpg)
Proton buka pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia
'Proton Digital Xperience' (Proton DX) disasarkan untuk menjadi hab bagi peminat kereta dan teknologi daripada semua peringkat umur.
![Proton jual 9,415 kenderaan pada April, naik 6.5 peratus dari tahun ke tahun Proton jual 9,415 kenderaan pada April, naik 6.5 peratus dari tahun ke tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603104119_protonlogo.jpg)
Proton jual 9,415 kenderaan pada April, naik 6.5 peratus dari tahun ke tahun
Proton merupakan satu-satunya jenama lima teratas yang merekodkan kenaikan jualan pada April.
![Proton hantar 1,000 unit ke Afrika Selatan selepas dua bulan kembali ke pasaran Proton hantar 1,000 unit ke Afrika Selatan selepas dua bulan kembali ke pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671773969_ProtonlogoDRBHi.jpg)
Proton hantar 1,000 unit ke Afrika Selatan selepas dua bulan kembali ke pasaran
Penjualan pantas di Afrika Selatan membuktikan daya tarikan Proton sebagai jenama untuk pembeli di sana.