Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual Bhd, melancarkan dana siri e baharu, iaitu Public e-Islamic Flexi Allocation Fund (PeIFAF).
PeIFAF bertujuan mencapai pertumbuhan modal bagi jangka sederhana dan panjang menerusi pelaburan sehingga 98 peratus daripada nilai aset bersih (NAV) dalam ekuiti patuh syariah atau sukuk.
Dana itu juga akan melabur sehingga 30 peratus daripada NAV dalam aset asing patuh syariah di Asia Utara, Asia Tenggara, Australia dan pasaran lain yang dibenarkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong berkata dana tersebut mempunyai mandat dana anjal yang membolehkan pengurus dana menjana keuntungan daripada peluang pelaburan selain membenarkan ia memanfaatkan aliran dan pelaburan positif dalam pasaran domestik dan asing terpilih.
“Oleh itu, PeIFAF sesuai untuk pelabur jangka sederhana dan panjang yang mahu mendapatkan pertumbuhan modal melalui peruntukan porfolio anjal di semua ekuiti patuh syariah dan sukuk,” katanya.
Bagi menggalakkan simpanan dalam kalangan pelabur muda, pelaburan awal minimum dan tambahan hanya RM100 dan caj jualan hingga 3.75 peratus.
Harga terbitan awal PeIFAF adalah 25 sen seunit semasa tempoh tawaran awal selama 21 hari mulai hari ini hingga 23 April, 2018.
Public Mutual merupakan syarikat dana amanah persendirian terbesar di Malaysia dengan lebih 130 dana unit amanah di bawah pengurusannya dan setakat akhir Mac 2018, saiz dana yang diuruskan syarikat itu adalah RM82 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 03 2018
Dana Public Mutual itu akan melabur sehingga 30 peratus daripada NAV dalam aset asing patuh syariah di Asia Utara, Asia Tenggara, Australia dan pasaran lain yang dibenarkan.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump - PM
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
China sumbang dana kepada UNRWA, tingkat bantuan ke Gaza
Katanya, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.
Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli
Isu dana persatuan yang tidak mencukupi sering dibangkitkan setiap kali sesi pertemuan dengan pertubuhan belia.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
KDN memahami kebimbangan disuarakan AS berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan
Kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan keputusan terpaksa diambil untuk menutupnya.
Malaysia sambut baik keputusan Australia mendanai kembali UNRWA - Anwar
Anwar gembira kerana rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese mengambil keputusan itu, berikutan keadaan yang semakin meruncing di Gaza.
Sweden sambung salur dana kepada UNRWA
PBB sebelum ini memberi amaran satu per tiga daripada populasi di Semenajung Gaza kini di ambang kebuluran.