Anak syarikat Public Bank Bhd, Public Mutual mengisytiharkan pengagihan bagi lapan daripada dananya bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober, 2012.

Public Mutual mengisytiharkan pengagihan 1.50 sen setiap satu bagi Public Equity Fund, Public Sector Select Fund dan PB Australia Dynamic Balanced Fund, manakala Public Asia Ittikal Fund ialah 1.0 sen.

Ia turut mengisytiharkan 6.0 sen bagi Public Islamic Bond Fund, 5.0 sen bagi Public Industry Fund dan 0.50 sen masing-masing bagi Public South-East Asia Select Fund dan PB Asia Real Estate Income Fund.

Public Mutual adalah syarikat saham amanah swasta terbesar di Malaysia yang menguruskan 94 dana dan 2.7 juta pemegang akaun.

Sehingga akhir September 2012, nilai aset bersih keseluruhan dana yang diuruskan oleh syarikat itu ialah RM50.39 bilion.