KUALA LUMPUR: Penganalisis melihat tiada keperluan untuk menurunkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) sekali gus menjangkakan kadar faedah itu akan dikekalkan pada 1.75% bagi sepanjang tahun ini.
Unjuran itu dibuat setelah mengambil kira kelonggaran yang diberikan dalam sekatan pergerakan selain kerajaan akan menumpukan kepada pemulihan ekonomi Malaysia yang mampan, menurut firma penyelidikan, MIDF Research.
“Dalam pada itu, sokongan daripada pakej rangsangan fiskal juga akan membantu untuk mengehadkan kemerosotan ekonomi daripada penguatkuasaan ‘lockdown’.
“Di sebalik kebimbangan terhadap pertumbuhan global yang perlahan kerana penguatkuasaan semula sekatan pergerakan yang lebih ketat di beberapa negara untuk membendung jangkitan COVID-19, kami percaya peningkatan dalam aktiviti ekonomi domestik akan menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia pada baki tahun ini dan memasuki 2022.
“Dengan inflasi dijangka lebih sederhana berbanding awal tahun ini, kami menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan OPR pada 1.75% sehingga hujung tahun ini,” jelas firma itu dalam satu nota kajian.
Semalam, BNM mengekalkan OPR pada 1.75% berdasarkan ekonomi global yang terus pulih, disokong oleh peningkatan aktiviti perkilangan dan perkhidmatan.
Kekuatan pemulihan berbeza-beza merentasi pelbagai negara terutama mengikut liputan pemberian vaksin, pelonggaran langkah-langkah pembendungan dan tahap sokongan dasar, kata bank pusat itu.
Senada MIDF, Kenanga Research terus percaya bahawa OPR tidak berubah pada kadar 1.75% sehingga akhir tahun ini memandangkan prospek dasar monetari tidak banyak berubah berbanding sebelum ini.
Namun, firma itu tidak menolak kemungkinan bahawa BNM masih ada ruang cukup untuk menurunkan lagi OPR dan Keperluan Rizab Berkanun ekoran keadaan yang masih tidak menentu dan kemunculan varian-varian COVID-19 baharu.
Bagi penganalisis di CGS-CIMB Research, Lim Yee Ping pula, sebarang langkah untuk mengembalikan kadar faedah kepada paras normal mungkin hanya bermula pada separuh kedua tahun 2022 (2H22) berbanding unjuran awal pada suku kedua 2022 (2Q22).
“Mengambil kira landasan pemulihan yang tidak menentu setakat ini, dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2021 secara rasmi disemak turun kepada 3% hingga 4% baru-baru ini (berbanding 6-7.5%), kami berpendapat BNM kekal ‘bersabar’ dalam memperketatkan dasar monetari,” ujar beliau.
Dagang News
Fri Sep 10 2021
Semalam, BNM mengekalkan OPR pada 1.75% berdasarkan ekonomi global yang terus pulih, disokong oleh peningkatan aktiviti perkilangan dan perkhidmatan. - Gambar hiasan/ Bernama
Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.
Tinjauan CNN: Panarafan kelulusan Biden merosot ketika pengundi luahkan ketidakpuasan
Penarafan kelulusan Presiden AS, Joe Biden yang bakal berundur menunjukkan penurunan di seluruh negara.
Siapa ke White House, Harris atau Trump?
Pandangan geostrategis Azmi Hasan mengenai pillihan raya Presiden Amerika Syarikat, saingan antara Kamala Harris dari Demokrat dan Donald Trump, wakil Republikan dalam proses demokrasi yang dianggap sengit dalam sejarah negara itu.
Tanpa pelaburan tahan cuaca, bandar-bandar dunia diancam kerugian AS$1 trilion setiap tahun - Laporan PBB
Bandar-bandar di seluruh dunia memerlukan sehingga AS$5.4 bilion untuk membina infrastuktur bandar yang mampu beradaptasi dengan ancaman perubahan iklim.
Krisis iklim: 2 bilion penduduk bandar terancam - Laporan PBB
Laporan Bandar Dunia 2024 mendedahkan usaha dan tindakan untuk beradaptasi dengan perubahan iklim masih pada kadar perlahan.
Siapa bakal duduki White House, Harris atau Trump?
Pengudian mula dibuka bagi membolehkan 240 juta warga Amerika memilih Presiden baharu mereka di antara Kamala Harris dari Demokrat atau Donald Trump, calon Republikan bagi penggal empat tahun sehingga 2028.
Parlimen: Isu kos sara hidup, konflik harimau antara tumpuan hari ini
Isu kos sara hidup rakyat, konflik manusia dan harimau serta sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Harris, Trump terikat dalam undian di Dixville Notch
Calon Demokrat, Kamala Harris dan pencabarnya, Donald Trump terikat dalam undian di Dixville Notch, sebuah pekan kecil di New Hampshire, negeri yang mempunyai 1.4 juta penduduk.
Deejay putar lagu ajak orang ramai mengundi di North Carolina
Seorang Deejay memutarkan lagu di pusat mengundi di North Carolina dalam usaha mengajak orang ramai mengundi yang mana ia merupakan sebahagian daripada kempen nasional yang digelar DJs at the Polls.
Sukarelawan pilihan raya beri penjelasan kerosakan perisian
Sebuah video tular mendedahkan seorang sukarelawan pilihan raya sedang memberi penjelasan masalah kerosakan perisian kepada pengundi di pusat pengundian di Ebensburg, Cambria County, Pennsylvania pada Selasa.
Tiga daripada empat prasyarat penswastaan MAHB sudah dipenuhi, dijangka selesai 4Q24 - Kenanga Research
Kenanga Research berkata, pihaknya difahamkan tiga daripada empat prasyarat bagi cadangan penswastaan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) yang bernilai lebih RM12 bilion telah pun dipenuhi.
Adex akhbar 2Q24 merosot ke paras terendah, kini tinggal 12.2% bahagian pasaran - Kenanga Research
Menurut firma penyelidikan itu, pada suku pertama 2016 (1Q16), adex untuk akhbar pernah mencecah 52.5% bahagian pasaran.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
BNM mungkin kekalkan OPR sepanjang 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus sepanjang 2024.
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Jumlah pelancaran baharu, tempahan pacu sektor automotif tahun ini - Kenanga Research
Sektor automotif dijangka mengekalkan aliran menyamai 2023 tahun ini, berdasarkan faktor pendorong seperti pelancaran baharu yang kukuh.
Margin industri pembinaan dijangka bertambah baik pada tahun ini - Kenanga Research
Industri itu juga bersedia bagi mencatat margin lebih baik apabila kontrak-kontrak baharu diperoleh dan turut menggambarkan inflasi kos.
Kenanga Research: BNM ada rasional kukuh kekal OPR pada 3.0 peratus menjelang 2024
BNM mempunyai rasional kukuh untuk mengekalkan OPR yang stabil pada 3.0 peratus menjelang 2024 dan berkemungkinan selepas tempoh itu, tanpa mengambil kira cabaran luar jangka.
Kenanga Research kekal berhati-hati berikutan jangkaan kemerosotan sektor pembuatan
Firma penyelidikan itu mengekalkan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga 2023 (3Q23) pada 1.7%.
Perbelanjaan periklanan dijangka kembali normal selepas catat peningkatan besar semasa PRN
Firma penyelidikan itu menjangkakan perayaan utama (iaitu Deepavali, Krismas dan malam Tahun Baru) akan memberikan lonjakan bermusim kepada hasil pengiklanan pada suku keempat 2023.