Ahli perniagaan dan para pelabur Malaysia berpeluang mengkaji peluang pelaburan di Mindanao pada Forum Jaringan Perniagaan Mindanao yang akan diadakan di ibu negara Khamis ini.

Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur berkata forum itu dianjurkan selepas kejayaan penandatanganan perjanjian kerangka keamanan antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang ditaja oleh Malaysia pada 16 Okt di Manila.

"Kehadiran di Forum itu, yang dilakukan mengikut jemputan, menyasarkan untuk membentangkan kepada ahli perniagaan dan pelabur Malaysia peluang perdagangan dan pelaburan semasa di Mindanao.

Sektor peluang pelaburan khusus ialah pertanian, perniagaan pelancongan dan pembangunan infrastruktur, terutama sekali pengangkutan, kuasa dan kuasa diperbaharui dan perkhidmatan, khususnya perkhidmatan kewangan Islam dan teknologi maklumat dan komunikasi," kata kedutaan itu dalam satu kenyataan.

Duta Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya berkata, sejak penandatanganan kerangka itu, wujud minat yang besar dari syarikat Malaysia untuk melabur di Mindanao.