Projek Bandaraya Getah atau Rubber City di Padang Terap berjalan lancar dengan mendapat peruntukan sebanyak RM320 juta dalam Bajet 2016, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata sebanyak RM60 juta pula telah diperuntukkan kerajaan pusat untuk kerja pengambilan tanah, penyediaan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air untuk projek itu.
Katanya kerajaan pusat komited untuk melaksanakan projek yang termaktub dalam "Aku Janji BN' pada pilihan raya umum 2013 itu dan dakwaan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bahawa projek itu gagal dilaksanakan hanya bertujuan untuk memperkecilkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Sebagai bekas menteri besar, Mukhriz sepatutnya lebih memahami bahawa pelaksanaan satu-satu projek mengambil masa yang agak lama kerana perlu melalui pelbagai proses," katanya pemberita di sini, pada Selasa bagi mengulas kenyataan Mukhriz itu.
Kira-kira 600 hektar (1,500 ekar) tanah di Ladang Bukit Ketapang, Padang Terap dijangka digunakan untuk projek Rubber City. Pelbagai industri huluan dan hiliran turut dirancang untuk menjadikan ia kawasan perindustrian berteknologi tinggi.
Terdahulu, Ahmad Bashah menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Pembinaan Cadangan Pembangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat Kuala Kedah antara Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Syarikat M.A Intelligent Parking Sdn Bhd.
Perjanjian itu ditandatangani antara Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mohd Zohdi Saad dan Pengarah Syarikat M.A Intelligent Parking Sdn Bhd Ahmad Malik Abdullah.
Mengenai projek tempat letak kereta itu, Ahmad Bashah berkata ia bagi mengatasi kekurangan tempat letak kereta di Kuala Kedah yang menjadi tumpuan pelancong untuk ke Pulau Langkawi.
Katanya selain menyediakan sebanyak 900 ruang letak kereta, projek bernilai RM74 juta itu turut meliputi hotel bajet dan enam unit kedai komersial, sekaligus memberi wajah baharu kepada Kuala Kedah serta menyediakan peluang kepada penduduk setempat menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi.
"Tempoh pembinaan projek ini selama 24 bulan dan tempoh konsesi selama 30 tahun. Ia menggunakan teknologi Jepun iaitu Mechanical Parking System dan dijangka beri pulangan pendapatan kepada MBAS sebanyak RM34 juta," katanya.
Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri juga bercadang membangunkan Alor Setar River Promenade, suatu perancangan menambah baik kawasan seluas 5.9 hektar di persisiran Sungai Kedah, Ampang Jajar.
Komponen pembangunan dalam projek bernilai RM70 juta itu yang telah dipersetujui adalah termasuk kedai komersial, hotel, tempat letak kereta, restoran dan pelantar jeti. -- Bernama
Bernama
Thu Mar 02 2017

Ahmad Bashah berkata berkata sebanyak RM60 juta pula telah diperuntukkan kerajaan pusat untuk kerja pengambilan tanah, penyediaan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air untuk projek itu. - Gambar fail

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.

Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.

Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.

Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.

Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.

Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.

10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.

Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.

Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.

Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.