Keyakinan pelabur dalam projek pembangunan semula Battersea Power Station yang diterajui Malaysia di bandar raya ini kukuh walaupun terdapat isu Brexit.
Ketua Pegawai Kewangan Battersea Power Station Development Company Ltd Benn Zemek berkata kadar pembelian unit kediaman di bawah fasa satu kekal kukuh berikutan ia kini dihuni oleh lebih 1,000 penduduk.
Syarikat itu turut menyewakan lebih 95 peratus daripada fasa satu ruang komersial dengan prestasi runcit yang meningkat.
"Ekonomi tempatan disokong oleh asas jangka panjang yang kukuh bahawa London telah wujud sejak berabad lalu, dan apa yang boleh kita lihat ialah terdapat permintaan untuk rumah dan ruang komersial, dan kami berada di sini untuk memenuhinya," katanya pada taklimat media di sini pada Isnin.
Katanya walaupun perjanjian Brexit diteruskan, beliau percaya lokasi projek itu dan nilai sejarahnya akan menjadi tarikan utama kepada pelabur.
"Pada masa ini, kami mempunyai campuran pembeli dan pembeli yang berpotensi dari Asia Tenggara dan Timur Tengah, disokong oleh permintaan tempatan yang kukuh. Bagi mereka yang bersedia untuk melihat ekonomi makro sebelum ini, kita dapat melihat harga hartanah di tapak ini menggalakkan," katanya.
United Kingdom dijangka meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Okt, 2019, lanjutan dari tarikh akhir sebelum ini pada 29 Mac, 2019.
Bagi fasa dua aset komersial, yang baru-baru ini dibeli oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB), katanya ruang pejabat itu akan menempatkan ibu pejabat Apple di London dengan serahan disasarkan pada awal 2021.
"Dengan permintaan daripada pekerja Apple pada masa akan datang, kami percaya ia akan memberikan sinergi kepada sektor runcit dan kediaman pada masa depan," katanya.
Dalam tempoh 12 bulan lepas, jualan kediaman berjumlah GBP120 juta telah dijana, dan gabungan nilai pembangunan kasar untuk semua lapan fasa sebanyak GBP9 bilion.
Pemilik projek itu, Battersea Project Holding Company Ltd, dimiliki secara bersama oleh Sime Darby Property Bhd (40 peratus), SP Setia Bhd (40 peratus) dan KWSP (20 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2019
![Projek Battersea catat prestasi menggalakkan walaupun terdapat isu Brexit Projek Battersea catat prestasi menggalakkan walaupun terdapat isu Brexit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71516311427_BatterseaPowerStatio.jpg)
Gambar menunjukkan Battersea Power Station yang terletak di selatan London, England pada 11 Julai 2005. - Foto fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Battersea Power Station tersenarai 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia Battersea Power Station tersenarai 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707209528_TBBATTERSEAPOWER.jpg)
Battersea Power Station tersenarai 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia
National Geographic menyenaraikan Battersea Power Station dalam 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia kerana menawarkan pengalaman menarik, bermakna dan tersendiri kepada para pengunjung.
![Setahun beroperasi, Battersea Power Station catat kunjungan lebih 11 juta pengunjung Setahun beroperasi, Battersea Power Station catat kunjungan lebih 11 juta pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697085486_TBBatterseaPowerSta.jpg)
Setahun beroperasi, Battersea Power Station catat kunjungan lebih 11 juta pengunjung
Battersea Power Station dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB), Sime Darby Property, SP Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
![Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station? Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665651794_TBBatterseaPowerSta.jpg)
Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station?
Stesen Janakuasa Battersea yang bakal beroperasi secara rasmi bermula esok dibina siap dengan 100 buah kedai komersial, ruang pejabat dan juga unit kediaman.
![Battersea Power Station London terima lebih 250,000 pengunjung pada pembukaan Battersea Power Station London terima lebih 250,000 pengunjung pada pembukaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665724215_Battersea.jpg)
Battersea Power Station London terima lebih 250,000 pengunjung pada pembukaan
Battersea Power Station di London menerima lebih 250,000 pengunjung semasa pembukaannya pada hujung minggu antara 14 dan 16 Okt.
![Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665463154_TBBatterseaPowerSta.jpg)
Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum
Pengurusan pembangunan sedang dijalankan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC) yang berpangkalan di Britain.
![Sime Darby Property jangka isu kekurangan pekerja selesai pada suku keempat Sime Darby Property jangka isu kekurangan pekerja selesai pada suku keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661503657_DatukAzmirMerican.jpg)
Sime Darby Property jangka isu kekurangan pekerja selesai pada suku keempat
Sime Darby hadapi 50 peratus kekurangan pekerja di tapak pada masa ini berbanding kekurangan sebanyak 60 peratus pada separuh pertama 2022.
![Projek Battersea catat prestasi menggalakkan walaupun terdapat isu Brexit Projek Battersea catat prestasi menggalakkan walaupun terdapat isu Brexit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71516311427_BatterseaPowerStatio.jpg)
Projek Battersea catat prestasi menggalakkan walaupun terdapat isu Brexit
United Kingdom dijangka meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Okt, 2019, lanjutan dari tarikh akhir sebelum ini pada 29 Mac, 2019.
![KWSP mohon status kedaulatan di Amerika Syarikat KWSP mohon status kedaulatan di Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71505468864_EPF.jpg)
KWSP mohon status kedaulatan di Amerika Syarikat
KWSP mengemukakan permohonan untuk mendapatkan status kedaulatan di Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkannya memperolehi lebih banyak peluang pelaburan di negara tersebut.
![Kerajaan tidak campur tangan dalam rancangan beli aset Fasa 2 Battersea Kerajaan tidak campur tangan dalam rancangan beli aset Fasa 2 Battersea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71516311427_BatterseaPowerStatio.jpg)
Kerajaan tidak campur tangan dalam rancangan beli aset Fasa 2 Battersea
Keputusan bagi meninjau potensi penyusunan semula pemilikan itu merupakan satu pertimbangan pelaburan semata-mata yang dimulakan oleh pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan BPS.
![Apple akan jadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station Apple akan jadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41448512313_BatterseaPowerStatio.jpg)
Apple akan jadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station
Battersea Power Station mengesahkan yang Apple akan menjadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station, menduduki ruang kira-kira 500,000 kaki persegi di enam tingkat Boiler House di situ.