KUALA LUMPUR: National Geographic menyenaraikan Battersea Power Station dalam 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia kerana menawarkan pengalaman menarik, bermakna dan tersendiri kepada para pengunjung.
Bekas tapak stesen jana kuasa arang batu itu juga merupakan satu-satunya lokasi di United Kingdom (UK) yang dimasukkan dalam senarai kebudayaan untuk siri terbaharu National Geographic Best of The World 2024.
Battersea Power Station yang terletak di kota London dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB), Sime Darby Property, SP Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Bangunan bernilai 9 bilion pound itu dibuka pada Oktober 2022 setelah dibangunkan semula menjadi destinasi bercampur dengan pelbagai pilihan restoran, kedai dan premis hiburan yang menjadi tumpuan kejiranan dan pelawat di ibu kota UK itu.
Pembangunan semula bekas stesen jana kuasa itu turut menawarkan pengalaman unik lif kaca setinggi 109 meter di cerobong asap ikonik Battersea Power Station yang dikenali Lift 109.
Sementara itu, Pengerusi Battersea Power Station Development Company, Tan Sri Jagan Sabapathy berkata, diiktiraf National Geographic dalam senarai 'Terbaik di Dunia' merupakan satu kebanggaan yang cukup bermakna bagi para pemegang saham dan semua yang telah terlibat dalam projek khas ini.
"Kami berharap dapat mengalu-alukan berjuta-juta lagi pelawat kerana menjadi harapan kami untuk memulihkan bekas stesen janakuasa ini sebagai destinasi bertaraf dunia.
"Kami mahu membawa mercu tanda ikonik ini untuk dinikmati oleh masyarakat tempatan, warga London dan pelawat dari seluruh dunia," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sementara itu, sebagai sebahagian daripada Festival Cahaya yang sedang berlangsung sehingga 25 Februari ini, Battersea Power Station telah bekerjasama dengan Malaysia Airlines dan The Danna Langkawi yang menawarkan percutian hebat ke pulau peranginan terkemuka untuk empat orang.
"Memandang ke hadapan, pelbagai lagi jenama termasuk premis makanan dan minuman akan dibuka di kejiranan tebing sungai ini termasuk restoran Mexico, El Pastor, So.Shell Nail & Brow Bar, kelab kesihatan mewah terkini dari Third Space, LIPS Pharmacy dan LIPS Healthcare Klinik dan Pusat Diagnostik," ujar kenyataan itu. - Dagang News
Dagang News
Tue Feb 06 2024
Battersea Power Station yang terletak di kota London dimiliki oleh konsortium syarikat Malaysia terdiri daripada PNB, Sime Darby Property, SP Setia Bhd dan KWSP.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
Battersea Power Station tersenarai 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia
National Geographic menyenaraikan Battersea Power Station dalam 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia kerana menawarkan pengalaman menarik, bermakna dan tersendiri kepada para pengunjung.
Setahun beroperasi, Battersea Power Station catat kunjungan lebih 11 juta pengunjung
Battersea Power Station dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB), Sime Darby Property, SP Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station?
Stesen Janakuasa Battersea yang bakal beroperasi secara rasmi bermula esok dibina siap dengan 100 buah kedai komersial, ruang pejabat dan juga unit kediaman.
Battersea Power Station London terima lebih 250,000 pengunjung pada pembukaan
Battersea Power Station di London menerima lebih 250,000 pengunjung semasa pembukaannya pada hujung minggu antara 14 dan 16 Okt.
Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum
Pengurusan pembangunan sedang dijalankan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC) yang berpangkalan di Britain.
Sime Darby Property jangka isu kekurangan pekerja selesai pada suku keempat
Sime Darby hadapi 50 peratus kekurangan pekerja di tapak pada masa ini berbanding kekurangan sebanyak 60 peratus pada separuh pertama 2022.
Projek Battersea catat prestasi menggalakkan walaupun terdapat isu Brexit
United Kingdom dijangka meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Okt, 2019, lanjutan dari tarikh akhir sebelum ini pada 29 Mac, 2019.
KWSP mohon status kedaulatan di Amerika Syarikat
KWSP mengemukakan permohonan untuk mendapatkan status kedaulatan di Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkannya memperolehi lebih banyak peluang pelaburan di negara tersebut.
Kerajaan tidak campur tangan dalam rancangan beli aset Fasa 2 Battersea
Keputusan bagi meninjau potensi penyusunan semula pemilikan itu merupakan satu pertimbangan pelaburan semata-mata yang dimulakan oleh pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan BPS.
Apple akan jadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station
Battersea Power Station mengesahkan yang Apple akan menjadi penyewa pejabat terbesar di Battersea Power Station, menduduki ruang kira-kira 500,000 kaki persegi di enam tingkat Boiler House di situ.