KUALA LUMPUR: Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer) di bawah Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi dengan peruntukan RM20 juta dapat memulihkan ekonomi koperasi yang terjejas menerusi penerokaan peluang baharu.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di dalam satu kenyataan menjelaskan, program itu juga antara tiga lagi program lain di bawah Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi diketengahkan SKM dalam memulih dan mempergiatkan semula aktiviti ekonomi koperasi.
Jelas kenyataan itu, tiga program lain adalah Program Penubuhan Koperasi Prihatin Rakyat (KPR), Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR) dan Program Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi Atas Talian (e-Dapat).
"Transfer mensasarkan koperasi yang terjejas khususnya dalam sektor pelancongan serta yang tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu untuk menceburi bidang perniagaan yang baharu, produktif dan mampu memberikan pulangan yang cepat.
"Objektif program ini adalah bagi membantu koperasi yang terjejas untuk meneroka peluang perniagaan yang baharu bagi menyedia dan meningkatkan sumber pendapatan.
"Ia juga bagi menggalakkan koperasi untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan tidak tertumpu serta bergantung kepada satu sumber pendapatan," jelas kenyataan itu pada Rabu.
BACA: MEDAC bersama SKM tekad rancakkan semula Ar-Rahnu - Wan Junaidi
BACA: SKM saran kerajaan buka peluang koperasi sertai GLC
Kenyataan itu turut menjelaskan, sasaran ditumpukan kepada koperasi yang terjejas khususnya dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri seperti hotel, rumah inap, perkhidmatan teksi dan bas serta agen pelancongan.
"Transfer akan dilaksanakan dalam tempoh satu tahun bermula Julai 2021 hingga Julai 2022 kepada setiap koperasi yang layak untuk meneroka dan menceburi perniagaan yang baharu.
"Sebarang maklumat lanjut berhubung program Transfer bolehlah terus berhubung dengan ibu pejabat SKM dan mana-mana SKM cawangan negeri atau melayari portal rasmi SKM di www.skm.gov.my," jelas kenyataan itu.
Astro Awani
Wed Jun 30 2021
![Program Transfer bantu pulih ekonomi koperasi terjejas - SKM Program Transfer bantu pulih ekonomi koperasi terjejas - SKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621420327_suruhanjayakoperasi.jpg)
Transfer mensasarkan koperasi yang terjejas khususnya dalam sektor pelancongan serta yang tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720875674_tbAmarAwangTengah.jpg)
SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah
Sebanyak 17 koperasi menerima kelulusan melalui SKM untuk menerima pembiayaan dan bantuan terbabit.
![Jualan MADANI Koperasi Usahawan rekod nilai jualan RM4.8 juta setakat 30 Jun - SKM Jualan MADANI Koperasi Usahawan rekod nilai jualan RM4.8 juta setakat 30 Jun - SKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720216973_tbJualanRahmah.jpg)
Jualan MADANI Koperasi Usahawan rekod nilai jualan RM4.8 juta setakat 30 Jun - SKM
Jualan MADANI Koperasi Usahawan (JMKU) di seluruh negara merekodkan nilai jualan sebanyak RM4.8 juta setakat 30 Jun lepas.
![SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716548660_tbSuruhanjayaKopera.jpg)
SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat berkenaan juga tidak bernaung di bawah SKM.
![Gerakan koperasi membangun pesat hasil kerjasama pelbagai agensi - Ewon Gerakan koperasi membangun pesat hasil kerjasama pelbagai agensi - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703236849_EwonBenedick.jpg)
Gerakan koperasi membangun pesat hasil kerjasama pelbagai agensi - Ewon
Gerakan koperasi negara membangun pesat hasil kerjasama erat KUSKOP dengan pelbagai agensi antaranya SKM, IKMa dan ANGKASA.
![25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan 25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694099746_TBEwonBenedick.jpg)
25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan
Ewon Benedick menyarankan semua 25 bahagian parti itu menggerakkan usaha menubuhkan sebuah koperasi dan persatuan di daerah masing-masing sebagai usaha mengatasi masalah kemiskinan.
![Kerajaan cadang iktiraf SKM sama seperti SPM Kerajaan cadang iktiraf SKM sama seperti SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81680075312_TBZAHID.jpg)
Kerajaan cadang iktiraf SKM sama seperti SPM
Kerajaan bercadang untuk mengiktiraf SKM agar setaraf SPM dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
![SKM bangunkan pelan antirasuah, banteras penyelewengan dalam organisasi SKM bangunkan pelan antirasuah, banteras penyelewengan dalam organisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678782974_EwonBenedick.jpg)
SKM bangunkan pelan antirasuah, banteras penyelewengan dalam organisasi
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2023-2025 sebagai usaha membanteras amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam organisasi.
![Tetapkan gaji minimum untuk belia berkemahiran - PKPB Tetapkan gaji minimum untuk belia berkemahiran - PKPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673183533_TBRIZANHASSAN.jpg)
Tetapkan gaji minimum untuk belia berkemahiran - PKPB
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyaran kerajaan menetapkan gaji minimum kepada golongan belia berkemahiran.
![Rusli Jaafar dilantik Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Rusli Jaafar dilantik Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670488383_TBRusliJaafar.jpg)
Rusli Jaafar dilantik Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Rusli Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang baharu berkuat kuasa 1 Dis 2022.
![Hampir 40 peratus koperasi dikenal pasti tidak aktif dan dorman - Noh Hampir 40 peratus koperasi dikenal pasti tidak aktif dan dorman - Noh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660315539_TBNOHOMARKUALASELANG.jpg)
Hampir 40 peratus koperasi dikenal pasti tidak aktif dan dorman - Noh
Hampir 40 peratus atau 5,873 koperasi daripada 14,834 koperasi di seluruh negara dikenal pasti sebagai tidak aktif dan berstatus dorman.