Produktiviti buruh Malaysia meningkat 3.3 peratus kepada RM74,538 setiap jam buruh tahun lepas daripada RM73,091 pada 2014, dan berpotensi mencapai pertumbuhan 3.7 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia ke-11.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keyakinan itu adalah berdasarkan kepada pertumbuhan produktiviti industri yang kukuh yang direkodkan dalam beberapa sektor utama seperti pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.
"Untuk merealisasikan segera potensi produktiviti penuh, sektor perniagaan Malaysia perlu meningkatkan pelaburan dalam teknologi baharu selain mengguna pakai inovasi terkini ICT, mesin dan peralatan serta mewujudkan peluang untuk peluasan eksport," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran Laporan Produktiviti 2015/2016 yang diterbitkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Mustapa berkata laporan itu menekankan pentingnya potensi produktiviti ditingkatkan lagi di Malaysia ke arah mencapai sasaran global.
Beliau berkata antara strateginya ialah memperjuangkan produktiviti dan daya saing dengan memupuk tenaga kerja yang cekap, inovatif dan berkemahiran, memanfaatkan penyelidikan dan inovasi, serta meningkatkan daya saing pasaran.
Beliau berkata laporan itu mengetangahkan bahawa pertumbuhan keusahawanan perlu diperkukuh dengan meningkatkan kemahiran dan pendidikan ke arah kecemerlangan operasi yang lebih besar di sepanjang rantaian nilai.
Mustapa juga berkata kerajaan sedang menggubal pelan tindakan produktiviti, yang dijangkakan siap pada Ogos.
Beliau berkata pelan tindakan itu akan mengkaji 10 sektor yang mencatat paras produktiviti yang rendah, namun memainkan peranan yang penting dalam ekonomi, seperti pelancongan dan peruncitan.
Mustapa bekata satu lagi faktor yang mempengaruhi tahap produktiviti ialah prestasi ekonomi negara secara menyeluruh.
Menurutnya apabila pertumbuhan keluaran dalam negara kasar negara sederhana, tahap produktiviti turut menyusut.
Namun, katanya ia boleh diimbangi dengan melaksanakan automasi dan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.
Bernama
Thu Jun 16 2016
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada pelancaran Laporan Produktiviti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 2015/2016 di Menara MITI hari ini. - Gambar Bernama
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Polis tahan dalang sindiket seludup dadah bernilai lebih RM160,000
Seorang buruh warga Indonesia dipercayai dalang sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah menerusi jalan laut ditahan menerusi Op Tapis, semalam.
Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun
Wan Muhamaad Sofie mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Tipu bantuan eKasih: Buruh dihukum penjara 21 tahun 2 bulan dan 14 sebatan
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di tiga bank dan sembilan lokasi sekitar Ipoh antara 1 Jan hingga 22 April lepas.
Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding parit konkrit
Mayat mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Tadi, 29 tahun dan Mustaqim, 42 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang buruh kerana membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, lima tahun lalu.
Buruh didakwa bunuh pemandu teksi
Tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris.
Kerjasama global dituntut sempena Hari Penentangan Buruh Kanak-Kanak Sedunia
Kanak-kanak telah dijadikan sebagai buruh paksa sejak sekian lama dan nasib mereka terus diberi perhatian hasil pengorbanan aktivis-aktivis serata dunia.
Bilangan penganggur berkurangan pada April 2023 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada April tahun ini catat kenaikan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.84 juta orang berbanding 16.81 juta orang pada Mac.
Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan
Lelaki itu menyogok wang kepada anggota polis sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.
Pekerja asing: Data lengkap mudahkan proses pendaftaran, pengesanan
Kuota masih diperlukan bagi menyeimbangkan penggunaan pekerja asing dengan tenaga kerja tempatan.