KUALA LUMPUR: Pembukaan dua premis Co-op Bank Pertama (CBP) ‘stand-alone’ Ar-Rahnu dan perbankan di Setapak menjadi penanda aras kepada komitmen menyediakan perkhidmatan perbankan yang patuh syariah kepada penduduk di kawasan itu.
Pengerusi CBP, Kamari Zaman Juhari berkata, pembukaan cawangan Ar Rahnu CBP itu juga bersandarkan prestasi pengeluaran pembiayaan yang memberangsangkan pada 2020 bahkan meningkat hampir sekali ganda (76.7 peratus) iaitu RM214.3 juta berbanding RM121.2 juta pada 2019.
"Ini membuktikan Ar Rahnu CBP mampu melaksanakan tanggungjawab diamanahkan dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. CBP juga sentiasa memastikan perkhidmatan ini ditawarkan selaras hukum syarak perniagaan pajak gadai Islam.
"Selari dengan arahan pengawal selia, berkuatkuasa 1 Januari 2021, CBP menukar konsep Ar Rahnu upah simpan kepada konsep Tawarruq dan Rahn (gadaian)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA: CBP sasar 200 koperasi membabitkan jumlah deposit RM100 juta
BACA: CBP sasar pendapatan ar-rahnu cecah RM350 juta
Terdahulu, diadakan Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Pertama Stand Alone Ar Rahnu CBP dan Cawangan CBP ke 28, di Setapak.
Pada majlis sama, CBP turut menyampaikan sumbangan kepada 20 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dari sekolah sekitar kawasan itu.
"Sumbangan itu adalah sebahagian daripada usaha program tanggugnjawab sosial (CSR) CBP bagi memastikan setiap pelajar mempunyai akses terhadap pendidikan.
"Selain itu, 20 ketua keluarga dari golongan B40 turut menerima sumbangan dan diharapkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan ditanggung sekali gus menambahkan keceriaan sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi," katanya.
Kamari Zaman menjelaskan, Ar Rahnu CBP juga terbuka kepada pelanggan bukan Islam dan secara individu, koperasi serta korporat disamping menyasarkan pembukaan satu cawangan stand alone outlet di setiap negeri.
"Sehingga kini, selain pelanggan Islam perkhidmatan Ar Rahnu CBP turut mendapat perhatian dari pelanggan India dan kami mahu meluaskan perkhidmatan ini kepada masyarakat agama lain.
"Cawangan Ar Rahnu unik kerana ini adalah perintis cawangan stand alone dan akan membuka lima lagi cawangan sama.
"Selain itu, pihak kami cuba fahami cabaran sedia ada sebelum melaksanakan fasa ketiga iaitu membuka cawangan ini di seluruh negara," katanya.
Katanya lagi, Ar Rahnu CBP menawarkan kadar keuntungan kompetitif dan bagi memberikan perkhidmatan terbaik selain proses urusan penggadaian pendek pada purata 15 minit.
"Pun begitu, proses menentukan ketulenan emas perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelak kerugian berlaku terutama kepada pihak kami," ujarnya lagi.
Astro Awani
Mon Apr 12 2021
![Prestasi memberangsangkan dorong CBP buka cawangan baru Prestasi memberangsangkan dorong CBP buka cawangan baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618209452_bantuanpersekolahan.jpg)
Kamari Zaman (dua dari kanan) menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar sekitar Setapak semasa majlis pelancaran cawangan Ar-Rahnu Setapak, Kuala Lumpur. - Gambar CBP
![Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025 Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677759533_AeroTrainAerotrai.jpg)
Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
![Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530545_EmpanganMUDA.jpg)
Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.
![Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721186039_tbpekerjawargaasin.jpg)
Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing
Seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa.
YB Kinabatangan mahu bawa 'tour' ke kawasan miskin tegar
"Saya rela bawa YB dua tiga hari, kita 'tour' di kawasan miskin tegar. Biar YB nampak keparat macam mana corak kemiskinannya. Jalan raya tiada, elektrik tiada ,air tiada," kata YB Kinabatangan.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719399897_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah
Anwar berkata inisiatif tersebut perlu dilakukan bagi meningkatkan minat pelajar kepada Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang dilaporkan semakin berkurangan sekarang.
![Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
10 daerah termiskin, lapan daripadanya adalah di Sabah
Menteri Ekonomi perincikan 10 daerah termiskin di Malaysia dan lapan daripadanya adalah di Sabah. Ia termasuk Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
![Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712559857_panggilanIlahijpg.jpg)
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
![Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712455599_KhatamalQuran.jpg)
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
![Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan. Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712406424_Nabil.jpg)
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
![Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712375179_tbRamadanberbukapu.jpg)
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
![Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000 Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712291152_DatukArmizanjpg.jpg)
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
![Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712158379_YayasanIkhlas.jpg)
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
![Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698396834_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
![Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025 Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711836493_TBMohdNidzam.jpg)
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
![Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682034061_PencerapAnakBulan.jpg)
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
![Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711722768_WanAzizahWanIsmai.jpg)
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.