PUTRAJAYA: Sehingga Jun tahun ini, paras hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat kepada 61.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan hutang statutori mencatat 56.8 peratus, iaitu masih di bawah had statutori 60 peratus, kata Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.
Bagaimanapun, MOF berkata, dengan semakan semula prospek pertumbuhan dan sasaran fiskal selaras dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN), kerajaan perlu memastikan ruang fiskal yang mencukupi dalam mendepani krisis pandemik.
Oleh itu, tambah MOF lagi, terdapat keperluan untuk meningkatkan had statutori hutang bagi menyediakan ruang fiskal tambahan dalam mengukuhkan ekonomi domestik dan memastikan pemulihan yang mampan.
“Kerajaan akan terus memberi keutamaan dalam menyediakan sokongan fiskal di samping mengimbangi kesan krisis yang berpanjangan kepada sistem kesihatan dan ekonomi terhadap generasi akan datang.
“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pembaharuan fiskal akan terus dilaksanakan untuk memastikan kemampanan fiskal,” menurut kementerian itu menerusi Kenyataan Pra-Bajet (KPB) yang dikeluarkan hari ini.
Terdahulu, MOF berkata, penerbitan KPB merupakan salah satu usaha penambahbaikan proses penyediaan bajet tahunan.
MOF berkata, langkah itu bertepatan dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa, iaitu KPB diterbitkan bagi meningkatkan ketelusan dalam proses merangka inisiatif bajet tahunan.
“Ketelusan dan penglibatan menyeluruh rakyat dalam penyediaan bajet tahunan merupakan antara prinsip asas bagi tadbir urus sesebuah negara yang dapat meningkatkan keyakinan awam terutamanya dalam kalangan pelabur,” kata MOF lagi.
Mengulas lanjut mengenai situasi fiskal negara, MOF berkata, kerajaan telah menyasarkan defisit fiskal sebanyak 5.4 peratus kepada KDNK bagi 2021 semasa Belanjawan 2021.
Menurut kementerian itu, sasaran itu berdasarkan andaian pemulihan ekonomi yang stabil dan momentum pertumbuhan yang memberangsangkan pada separuh kedua 2020 dan berterusan sehingga 2021.
Dengan pembukaan ekonomi yang secara berfasa diikuti perbelanjaan fiskal yang berterusan, kementerian itu berkata, sasaran defisit dianggarkan meningkat kepada 6.5 peratus hingga 7.0 peratus kepada KDNK pada 2021.
“Operasi fiskal telah dan akan disokong melalui rasionalisasi perbelanjaan dengan mengutamakan pakej bantuan tambahan bagi memperkukuh sektor kesihatan dan ekonomi.
“Langkah ini termasuk menangguhkan pelaksanaan beberapa program dan projek, menyekat perbelanjaan yang tidak kritikal berikutan pelaksanaan PKP dan mengoptimumkan operasi di bawah norma baharu untuk meningkatkan kecekapan perbelanjaan.
“Selain itu, kekurangan hasil dijangka dapat diimbangi oleh kutipan lebih baik daripada hasil berkaitan komoditi berikutan harga minyak mentah dan sawit yang lebih tinggi," kata kementerian itu.
MOF berkata, kerajaan juga telah memanfaatkan sebahagian daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk menyegerakan pelaksanaan program vaksinasi bagi mencapai imuniti kelompok yang seterusnya akan mendorong pemulihan ekonomi lebih pantas.
Langkah sokongan menerusi pelbagai instrumen fiskal, menurut MOF lagi, akan turut membantu kerajaan dalam menyeimbangkan antara keperluan perbelanjaan dan kemampanan fiskal.
Firdaus Azil
Tue Aug 31 2021
![Pra-Bajet 2022: Had statutori hutang mungkin ditingkat, sediakan ruang fiskal tambahan - MOF Pra-Bajet 2022: Had statutori hutang mungkin ditingkat, sediakan ruang fiskal tambahan - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/41570785164_HBREAKHUTANG.jpg)
MOF berkata, keperluan meningkatkan had statutori hutang perlu bagi ruang fiskal tambahan dalam mengukuhkan ekonomi domestik dan pemulihan mampan. - Gambar hiasan
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![IDEAS alu-alukan Kenyataan Pra-Bajet 2023, saran penglibatan kumpulan pemegang taruh bersasar IDEAS alu-alukan Kenyataan Pra-Bajet 2023, saran penglibatan kumpulan pemegang taruh bersasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630568012_IDEAS.jpg)
IDEAS alu-alukan Kenyataan Pra-Bajet 2023, saran penglibatan kumpulan pemegang taruh bersasar
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan penerbitan Kenyataan Pra-Bajet 2023 pada 3 Jun lepas berikutan ia merupakan instrumen penting kepada ketelusan fiskal dan tadbir urus.
![Pra-Bajet 2022: Had statutori hutang mungkin ditingkat, sediakan ruang fiskal tambahan - MOF Pra-Bajet 2022: Had statutori hutang mungkin ditingkat, sediakan ruang fiskal tambahan - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/41570785164_HBREAKHUTANG.jpg)
Pra-Bajet 2022: Had statutori hutang mungkin ditingkat, sediakan ruang fiskal tambahan - MOF
MOF berkata, keperluan meningkatkan had statutori hutang perlu bagi ruang fiskal tambahan dalam mengukuhkan ekonomi domestik dan pemulihan mampan.
![Bajet 2022: Tiga matlamat utama khusus untuk pulihkan negara - Tengku Zafrul Bajet 2022: Tiga matlamat utama khusus untuk pulihkan negara - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627055694_TengkuZafrul.jpg)
Bajet 2022: Tiga matlamat utama khusus untuk pulihkan negara - Tengku Zafrul
Matlamat itu adalah - melindungi, memulihkan kehidupan serta mata pencarian; membina semula daya ketahanan negara; memangkin pembaharuan.