KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan penerbitan Kenyataan Pra-Bajet 2023 pada 3 Jun lepas berikutan ia merupakan instrumen penting kepada ketelusan fiskal dan tadbir urus.
Menurut IDEAS dalam kenyataan pada Jumaat, ia telah menjadi pendukung utama penerbitan Kenyataan Pra-Bajet sebagai badan pemikir yang telah menjalankan penilaian terhadap ketelusan belanjawan Malaysia dalam Tinjauan Belanjawan Terbuka sejak tahun 2015.
"IDEAS menyarankan penglibatan kumpulan pemegang taruh bersasar terutamanya kumpulan minoriti atau rentan untuk memberikan maklum balas mengenai dasar-dasar belanjawan utama, lebih-lebih lagi dalam masa yang tidak tentu ketika ini apabila penggubalan dasar yang cepat dan responsif mungkin akan menyebabkan kesan yang tidak diingini terhadap kumpulan ini," kata Pengurus Unit Kewangan Awam IDEAS Alissa Rode.
Beliau berkata satu pendekatan perundingan berkenaan belanjawan negara amat penting dalam memastikan pelbagai dasar adalah relevan dan terangkum.
"Oleh itu, kami menjangkakan dokumen Kenyataan Pra-Bajet akan diikuti dengan satu usaha menyeluruh dalam mendapatkan penglibatan awam," katanya.
Mengenai pelan rasionalisasi subsidi untuk kumpulan bersasar dan rentan, Rode berkata dokumen Kenyataan Pra-Bajet menunjukkan bahawa subsidi petroleum dan minyak masak sahaja diunjurkan meningkat kepada RM30 bilion daripada anggaran asal sebanyak RM4 bilion.
"Oleh itu, kita perlu melangkah ke hadapan dengan mempunyai perbelanjaan subsidi yang lebih boleh diramal dan terurus.
"Rasionalisasi subsidi jika digabungkan dengan pengagihan yang lebih berkesan akan memastikan kerajaan menyalurkan sumber awam kepada kumpulan yang paling memerlukan," katanya.
Mengenai komitmen Kementerian Kewangan untuk mengurangkan hakisan asas cukai dan peralihan keuntungan oleh pembayar cukai global seiring dengan piawaian Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Rode berkata peralihan strategi cukai juga perlu dilengkapi dengan pertimbangan yang lebih mendalam mengenai insentif bukan fiskal yang memberi nilai kepada para pelabur di Malaysia.
"Sebagai sebuah negara membangun yang menyasarkan untuk mendigitalkan dan mengautomasikan sektornya, amat penting untuk sektor tempatan disokong oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran tertentu.
"Di sinilah insentif bukan fiskal perlu mesra pelabur, terutamanya dalam suasana pasca pandemik," kata Pengarah Penyelidikan IDEAS Dr Juita Mohamad.
Selain penerbitan Kenyataan Pra-Bajet merupakan satu langkah yang betul ke arah satu proses belanjawan yang ditadbir dengan baik dan telus, IDEAS menyeru kerajaan menerbitkan satu Semakan Pertengahan Tahun untuk membolehkan penyeliaan terhadap kedudukan fiskal negara pada pertengahan tahun kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 10 2022
IDEAS mengalu-alukan penerbitan Kenyataan Pra-Bajet 2023 pada 3 Jun lepas berikutan ia merupakan instrumen penting kepada ketelusan fiskal dan tadbir urus.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Hak kanak-kanak pelarian, pencari suaka dapatkan pendidikan dan penjagaan kesihatan perlu dilindungi
Hak mendapat pendidikan dan penjagaan kesihatan adalah antara dua hak asasi kanak-kanak.
COVID-19: Sistem pendidikan perlu lebih bersedia untuk krisis di masa hadapan - IDEAS
Pelan tindakan krisis perlu diformulasikan supaya sistem pendidikan lebih bersedia sekiranya ada lagi kecemasan atau krisis di masa hadapan.
Edarkan peranti elektronik kepada pelajar, tingkatkan PnP melalui televisyen - IDEAS
Lanjutan PKP akan mengakibatkan penutupan sekolah lebih lama, dan memberi impak besar kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.
COVID-19: Tingkatkan akses pendidikan kepada pelajar miskin, orang Asli dan pelajar OKU - IDEAS
Menteri Kanan Dr Mohd Radzi Md Jidin dilaporkan berkata, 36.9 peratus murid di seluruh negara tidak mempunyai sebarang peranti elektronik.
#MalaysiaMemilih: Berita sebelah pihak semakin tidak diterima dunia
Media yang hanya menulis berdasarkan satu sumber mungkin hanya memperoleh 25 peratus daripada keseluruhan audien.
Whistleblower: Defisit kepercayaan halang masyarakat salur maklumat - Wan Saiful
Kepercayaan rakyat terhadap badan-badan ini semakin menghakis kerana mereka berasakan ada campur tangan unsur-unsur politik dalam badan ini.
Mampukah Parti Islamik Baharu akhiri polemik golongan konservatif dan progresif PAS?
Tindakan menubuhkan parti baharu oleh kumpulan progresif atau G18 yang tewas dalam muktamar PAS baru-baru ini dilihat sebagai satu langkah yang baik.
Pakatan baharu: Apakah jaminan ia tak akan terkubur juga?
Pakatan baharu perlu dilihat sebagai sebuah pakatan yang tidak bersifat 'ad hoc' atau ia akan terkubur seperti Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Cadangan Azmin sebagai MB oleh PAS tindakan yang betul - Wan Saiful IDEAS
Katanya Azmin merupakan calon yang lebih sesuai kerana jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, banyak persoalan akan timbul.
Kenaikan gaji ADUN Selangor adalah wajar - Wan Saiful IDEAS
Pengarah Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata kenaikan gaji bagi ADUN Selangor adalah wajar supaya ia setara dengan tanggunjawab mereka.