Usahawan Bumiputera digesa meningkatkan daya saing mereka di peringkat dalam dan luar negara selain memperkasakan perniagaan masing-masing dengan memanfaatkan pelbagai kemudahan sedia ada.
Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM), Rosli Abd Shukor berkata antara langkah itu termasuk meningkatkan keupayaan pengeluaran produk serta memperolehi sijil halal atau pengiktirafan yang diperlukan.
"Ia membantu mengembangkan peluang eksport produk mereka apabila aspek kualiti dan kuantiti pengeluaran dipertingkatkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri program "Pocket Talk" anjuran bersama PPIPBM bersama Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank), di sini, semalam.
Rosli berkata PPIPBM akan turut giat melaksanakan program membantu ahli berdepan persaingan yang disifatkannya sukar dielak serta cabaran lain perniagaan.
"PPIPBM akan menumpukan program menangani pelbagai isu perniagaan semasa termasuk kepentingan perniagaan dalam talian seperti e-Dagang, aspek penjenamaan produk dan pembiayaan yang dapat memberi impak tinggi terhadap daya saing syarikat ahlinya.
"Ini berikutan adanya adanya perjanjian perdagangan bebas seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik yang memerlukan syarikat membuat persediaan mulai sekarang.
Beliau turut mengesa usahawan Bumiputera memanfaatkan peluang mengembangkan perniagaan daripada program atau institusi berkaitan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan TEKUN Nasional.
PPIPBM berperanan sebagai pemudah cara dan pengantara kepada usahawan menerusi khidmat nasihat dan maklumat perniagaan kepada ahlinya.
Sejak ditubuhkan pada 1987, PPIPBM kini dianggotai 1,500 ahli dan 2,000 ahli bersekutu termasuk ahli gabungan seperti Syarikat Faiza Sdn Bhd, Habib Jewels Sdn Bhd dan Ramly Group.
Bernama
Fri Mar 25 2016
PPIPBM antara lain akan menumpukan program menangani pelbagai isu perniagaan semasa termasuk kepentingan perniagaan dalam talian seperti e-Dagang. - Gambar hiasan
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Gaji minimum dinaikkan ke RM1,700 bermula Februari 2025
Penguatkuasaan gaji minimum itu ditangguhkan bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penyasaran subsidi seumpama itu akan turut melibatkan kesihatan awam.
Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
Kerajaan mengumumkan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), dengan hampir 500 juta ringgit diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Fenomena air pasang di Pelabuhan Klang terkawal
Sebanyak enam balai terlibat bagi pemantauan ini dan tumpuan adalah untuk melihat jika fenomena itu memberikan kesan signifikan kepada masyarakat setempat.
Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan fitnah
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Januari lepas.
Na'imah gagal tangguh sementara bayar RM313.82 juta kepada LHDN
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal menangguhkan sementara perintah supaya membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta kepada LHDN.
Tiga termasuk dua pegawai penguat kuasa, Pulau Pinang ditahan
Dua pegawai agensi penguat kuasa dan seorang warga Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Terus perangi Rasuah, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta
Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
PPIPBM gesa usahawan Bumiputera tingkat daya saing perniagaan
Antara langkah itu termasuk meningkatkan keupayaan pengeluaran produk serta memperolehi sijil halal atau pengiktirafan yang diperlukan.