SINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa wujud peningkatan minat dalam kalangan komuniti pelaburan di Singapura terhadap prospek pelaburan di Malaysia.
PM Anwar berkata, beberapa syarikat yang berpusat di Singapura sudah berada di Malaysia, namun wujud peningkatan dari segi minat dan potensi pelaburan ke Malaysia.
Bagaimanapun, jelas Anwar, beliau tidak boleh memberikan sebarang perincian lanjut buat masa sekarang.
“Ramai kalangan komuniti kewangan yang berpangkalan di Singapura berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang Naratif Ekonomi MADANI, mereka minta untuk jelaskan mengenai rangka kerja dan dasar mengenainya.
“Saya juga memaklumkan bahawa dasar itu tidak terhad kepada ekonomi semata-mata, tetapi juga kemanusian dan ihsan,” jelasnya kepada media Malaysia, sejurus selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia anjuran Milken Institute di republik itu.
Tambah Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan itu, komuniti pelabur memberi sokongan terhadap dasar berkenaan dan mengakui bahawa Malaysia berada di persimpangan untuk bergerak ke hadapan.
“Komuniti pelabur menyedari bahawa Kerajaan Perpaduan sudah mulakan perkara ini (pengenalan dasar baharu).
“Mereka menyaksikan wujud perubahan yang penting untuk mengangkat dan memacu negara kepada pada sebuah kuasa ekonomi baharu," tambah Anwar.
Terdahulu, delegasi Anwar tiba untuk lawatan kerja ke Singapura dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada jam 10.30 pagi Rabu.
Mereka disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Azfar Mohamad Mustafar.
Turut bersama delegasi Perdana Menteri ialah Menteri Luar Datuk Seri Zambry Kader dan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Anwar juga turut serta dalam Sidang Kemuncak Asia ke-10 anjuran Milken Institute menerusi sesi A Conversation with the Prime Minister of Malaysia yang dikendalikan oleh pengacara dan ketua koresponden antarabangsa Asia Tenggara, Bloomberg Haslinda Amin.
Sesi berkenaan turut disiarkan di platform media sosial Astro AWANI.
Shafizan Johari
Wed Sep 13 2023
![PM beri bayangan lebih banyak pelaburan baharu bakal diumum PM beri bayangan lebih banyak pelaburan baharu bakal diumum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694597085_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyertai sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia Milken Institute 2023 di Singapura, hari ini. - fotoBERNAMA
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739845378_MALAYSIABAHRAIN.jpg)
Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.
![Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739835900_ShazryllZahiran.jpg)
Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.
![Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739787492_AbangJohari.jpg)
Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.
![PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739783426_AnwarIbrahimPMS.jpg)
PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.
![Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683627512_ThaksinShinawatra.jpg)
Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.
![Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738834363_TBAnwarIbrahim.jpg)
Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
![Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739769649_ANWARIBRAHIM.jpg)
Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.
![ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739764150_ASEANAnwarIbrahim.jpg)
ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.