Sejumlah RM400 juta nilai jualan direkodkan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Mikro (MSMEs) tempatan melalui pelabagai platform e-dagang di bawah Bantuan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Shop Malaysia Online, menurut MDEC dalam satu kenyataan.
Selain itu Lebih 30,000 MSMEs menyertai platform e-dagang di bawah kempen E-Dagang MSMEs PENJANA yang dilaksanakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Dua inisiatif itu dilaksanakan MDEC dengan peruntukan RM140 juta bagi membantu merancakkan pemulihan ekonomi Malaysia dengan membantu MSMEs menjalankan perniagaan secara digital selain merancakkan pembelian dalam talian.
“Kempen e-dagang MSMEs PENJANA memasuki fasa terakhir (berakhir 30 September), ia telah memanfaatkan lebih 90,000 MSMEs baharu dan sedia ada melalui latihan penyertaan, subsidi penjual dan sokongan jualan di bawah 20 platform e-dagang.
“Melalui kempen ini, MDEC menyediakan kaedah untuk membantu mereka dalam persekitaran perniagaan baharu dan menyediakan peluang mengembangkan perniagaan mereka di pasaran domestik serta berpeluang mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara," kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri.
Sementara itu di bawah inisiatif PENJANA Shop Malaysia Online, sejumlah lima juta pelanggan menerima manfaat melalui promosi yang dilaksanakan platform e-dagang.
“Melalui inisiatif ini, baucer diskaun diberikan oleh platform e-dagang terlibat untuk pelanggan mereka," katanya.
Najib Aroff
Tue Sep 15 2020

SURINA: Melalui inisiatif ini, baucer diskaun diberikan oleh platform e-dagang terlibat untuk pelanggan mereka. - Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

PKS tempatan rekod RM400 juta jualan e-dagang
Selain itu Lebih 30,000 MSMEs menyertai platform e-dagang di bawah kempen E-Dagang MSMEs PENJANA yang dilaksanakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Usahawan kraf perlu bergerak seiring perubahan teknologi - Rosmah
Usahawan kraf perlu lebih berani untuk meneroka peluang perniagaan termasuk bergerak seiringan dengan perubahan teknologi terkini termasuk menjalankan perniagaan dalam talian, kata Datin Seri Rosmah.