KUALA LUMPUR: Jenama tempatan terkemuka Malaysia menjana 25 kali lebih banyak jualan berbanding hari biasa pada Jualan 11.11 Lazada, dengan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terunggul mencatat jualan mencecah satu juta ringgit.
Ketika ekonomi tempatan pulih secara beransur-ansur, PMKS tempatan terus membangun pada kadar yang pantas dengan hampir satu daripada setiap dua perniagaan baharu menerima pelanggan dalam talian pertama mereka dalam masa kurang daripada tujuh hari selepas menyertai Lazada, menjelang musim beli-belah Lazada 11.11 baru-baru ini.
"Kami teruja melihat PMKS dan jenama tempatan melaksanakan pendigitalan dan menunjukkan trend pertumbuhan yang kukuh daripada penubuhan kedai dalam talian sehingga ke jualan pertama dan seterusnya, kata Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia.
"Kami kagum dengan kecekalan mereka dan akan terus menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan dengan menghubungkan mereka kepada komuniti pembeli dalam talian kami," katanya dalam kenyataan dikeluarkan semalam.
Menurut laporan Indeks Keyakinan Perdagangan Digital (DCCI) Lazada yang terkini, 76 peratus daripada penjual dalam talian di Asia Tenggara menyatakan bahawa mereka yakin terhadap pertumbuhan masa depan walaupun menghadapi persekitaran operasi yang mencabar.
Lazada Malaysia mendapati peningkatan 24 kali ganda dalam jumlah pembeli tempatan di platformnya pada dua jam pertama Jualan 11.11 tahun ini berbanding hari biasa dalam tempoh yang sama.
Perniaga-perniaga tempatan menggunakan peningkatan ini sebagai batu loncatan untuk menarik pelanggan baharu dan menggiatkan pertumbuhan digital mereka, katanya.
Koo Ye Fei, pengasas jenama tilam tempatan popular, NeckPro, berkata: "Tahun ini merupakan tahun ke-5 kami menyertai Jualan 11.11 Lazada dan jenama kami terus menawarkan nilai hebat kepada pelanggan.
"Pada kempen 11.11 Lazada baru-baru ini, kami bukan sekadar mencatatkan peningkatan jualan luar biasa sebanyak 25 kali ganda berbanding hari biasa tetapi juga mengukuhkan kesedaran jenama kami dan meningkatkan bahagian pasaran di LazMall," kata Koo.
Sebagai salah satu daripada peserta eDagang utama pertama di Malaysia yang bantu membentuk ekonomi digital yang kini pesat berkembang, Lazada memainkan peranan penting untuk memacu transformasi digital bagi PMKS dan juga syarikat-syarikat besar.
Untuk maklumat lanjut tentang Lazada, pakej Pintar Niaga Lazada untuk PKS dan untuk mendaftar sebagai penjual, layari https://lzd.co/MegaSale; http://lzd.co/SellerPPN; and http://lzd.co/SellOnLazadaMY.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
Sebagai salah satu daripada peserta eDagang utama pertama di Malaysia, Lazada memainkan peranan penting untuk memacu transformasi digital bagi PMKS dan juga syarikat-syarikat besar. - Facebook Lazada
AWANI 7:45 [1/2/2025] – NADMA tingkat kesiapsiagaan| Rakam keterangan sembilan saksi| Akta perhutanan negara| Periuk api depan rumah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Kesan banjir di Sabah dan Sarawak luar biasa dibawa ke Kabinet
-Tiga suspek rempuh orang ramai dikenal pasti, masih di Lembah Klang
-Lebih banyak Hutan Simpan Kekal di kawasan bandar
-Siapa Presiden Syria? Rakyat lebih bimbang periuk api
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Kesan banjir di Sabah dan Sarawak luar biasa dibawa ke Kabinet
-Tiga suspek rempuh orang ramai dikenal pasti, masih di Lembah Klang
-Lebih banyak Hutan Simpan Kekal di kawasan bandar
-Siapa Presiden Syria? Rakyat lebih bimbang periuk api
Polis tahan suami tampar isteri di Kota Warisan
Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan pada pukul 10 pagi tadi.
Nvidia-DeepSeek: Singapura jangka syarikat patuhi undang-undang
Singapura sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang serta bertindak tegas terhadap individu dan syarikat yang melanggar peraturan.
Agenda AWANI Asia: Warisan Budaya Dan Perayaan Tradisional
Sejauh mana ekonomi hari perayaan berjaya menarik potensi pelancongan dan memberi pengalaman istimewa, terutamanya perayaan Tahun Baharu Cina kali ini. Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani Asia 9 malam ini.
Misi UNRWA perlu diteruskan sehingga konflik Asia Barat selesai - Rusia
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia berhubung larangan terhadap aktiviti UNRWA.
Hampir 2,000 meriahkan siri pertama di Negeri Sembilan
Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Program Assalamualaikum RaRa 2025 anjuran Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, pada Sabtu.
Rakyat Syria berhadapan ancaman periuk api di kawasan perumahan
Selepas bebas dari kisah perang saudara, rakyat Syria kini menghadapi ancaman baru, iaitu periuk api dan juga bahan letupan yang masih aktif di kawasan rumah mereka.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Rumah transit remaja hamil bawah umur pertama akan dibuka
Rumah transit bagi remaja hamil bawah umur yang pertama akan dibuka DI Kuching dengan kerjasama pelbagaI NGO.
Hutan simpan kekal di Malaysia
Hari ini bermula penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang bertujuan menambah baik pengurusan Hutan Simpanan Kekal.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana.
Gentari jalin kerjasama dengan Lazada, percepat pembangunan ekosistem pengangkutan hijau
Ia merupakan tawaran penyelesaian pajakan kenderaan elektrik (EV) jangka panjang bebas kerumitan di bawah pelan -Vehicle-as-a-Service- (VaaS) yang digerakkan Gentari.
Lazada umum pengenalan caj SST 8% berkuat kuasa hari ini
Caj perkhidmatan ini akan dikenakan ke atas yuran transaksi, yuran komisen penggunaan Lazada, dan juga sebarang yuran melibatkan program promosi oleh seseorang penjual.
Lazada diiktiraf majikan pilihan pada dua anugerah sumber manusia
Sementara itu bagi GRADUAN Brand Awards 2022, Lazada muncul naib johan Majikan Pilihan Malaysia 2022 bagi kategori keseluruhan.
Pengguna e-dagang di Asia Tenggara dijangka meningkat ke 413 juta pada 2025
Lapan daripada 10 pengguna meneruskan pembelian secara dalam talian kerana ia mudah dan selesa dengan tawaran menarik.
TNG dan Lazada jalin kerjasama, perkasa PMKS
TNG Digital Sdn Bhd raih suntikan dana pelaburan terbaru sebanyak RM750 juta daripada Lazada Group serta pemegang-pemegang saham yang lain.
Lazada bekerjasama dengan MPS pastikan pembelian produk kesihatan lebih terjamin
Kerjasama strategik ini bakal memangkin visi ke arah merealisasikan pembentukan ekosistem eDagang yang berteraskan kepercayaan yang kukuh dalam kalangan para pengguna.
Tentera Thailand boikot Lazada
Langkah itu diambil selepas Lazada didakwa mengeluarkan iklan yang menyinggung institusi (diraja) dan memberi kesan kepada rakyat Thailand.
Jelajah O2O anjur pelbagai aktiviti menarik, hadiah lumayan - Lazada
Pelbagai aktiviti menarik dan strim langsung termasuk baucar sehingga RM12,000 serta hadiah hampir RM25,000 untuk dimenangi orang ramai.
Ingin pacu perniagaan dengan Lazada? Ini tawaran menarik yang anda perlu rebut!
Bagaimana platform beli-belah terkemuka Lazada dapat membantu perniagaan anda? Jom kami kongsikan!
PKMS catat jualan cecah jualan jutaan ringgit sehari dalam kempen 11.11 Lazada
Ketika ekonomi tempatan pulih secara beransur-ansur, PMKS tempatan terus membangun pada kadar yang pantas.