Malah, Malaysia mempunyai populasi besar yang celik digital membabitkan pengguna berusia 15 tahun ke atas yang aktif melakukan transaksi komersial secara online.
Itu merupakan antara fakta menarik untuk anda tahu sebagai usahawan dan peluang pasaran domestik yang luas ini tersedia untuk direbut bagi memacu perniagaan!
Namun dalam era digital kini, peluang agak terhad jika hanya menjual secara konvensional. Justeru itu, ramai para peniaga yang memberanikan diri untuk mengoptimumkan peluang perniagaan dalam talian.
Sudah tentu dengan platform terbaik bersama capaian pengguna terbesar di Lazada, di samping bantuan sokongan yang memudahkan para usahawan untuk membuka kedai dalam talian, ianya dapat membolehkan lebih ramai usahawan tempatan mencapai pertumbuhan jangka panjang dan membina perniagaan e-Dagang yang lebih mampan.
Bagaimana platform beli-belah terkemuka Lazada dapat membantu perniagaan anda? Jom kami kongsikan:
Optimum perniagaan MPKS dengan Pakej Kickstarter Penjual Baharu Hari-Harimau (HHM)
Berita baik kepada para peniaga tempatan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MPKS) di Malaysia, Pakej Kickstarter Penjual Baharu Hari-Harimau yang diperkenalkan baru-baru ini adalah khusus untuk anda!
Lazada menyedari ramai usahawan MPKS yang terkesan ekoran pandemik COVID-19. Prihatin terhadap cabaran itu, Lazada melancarkan HHM bagi memudahkan mereka untuk beralih ke dalam talian dan sekali gus merangsang pertumbuhan perniagaan serta ekonomi digital.
Lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan ini, pasti ramai usahawan tempatan, termasuk para peniaga muda yang berhasrat untuk menambah pendapatan. Para peniaga mikro kebiasaannya bijak meraih peluang lantaran permintaan yang tinggi semasa musim perayaan serta bulan-bulan akan datang yang menjanjikan potensi komersial selaras dengan pemulihan ekonomi negara.
Inisiatif bersifat lebih terangkum ini membolehkan MPKS menerima manfaat eksklusif seperti:
- Tiada yuran komisen
- Pengecualian yuran pembayaran
- Subsidi penghantaran percuma
- Kredit pengiklanan bernilai RM150
- Dedahan eksklusif terhadap trafik (pelanggan potensi)
- Akses percuma kepada Customer Engagement Management (CEM), iaitu sistem kemudahan premium yang membolehkan penjual Lazada berkomunikasi secara proaktif dengan pelanggan
- Akses kepada pelbagai latihan dan sokongan untuk penjual baru menerusi Lazada University
- Insentif logistik dan kewangan, bagi membantu meringankan kos operasi peniaga
Lazada terus komited dalam usaha memperkasakan para penjual dengan memperkenalkan Lazada Preferred Sellers Programme, satu program insentif yang memberi ganjaran dan rangsangan kepada penjual berprestasi tinggi. LPSP diwujudkan demi memacu pertumbuhan perniagaan para penjual yang menepati kriteria, di samping memantapkan tahap atau standard beli-belah dalam talian.
Kesemua insentif rangsangan dan kelebihan kompetitif yang diberikan akan meningkatkatkan kebarangkalian para pengguna memilih serta membeli produk yang ditawarkan oleh penjual ‘Preferred’, lantas menyumbang kepada peningkatan jualan.
Menarik bukan?
Naik taraf kepada LazMall!
LazMall merupakan destinasi beli-belah maya di platform Lazada yang boleh digambarkan sebagai ‘rumah’ kepada kedai rasmi jenama yang tulen atau pengedar andalan yang sah, manakala LazMall Prestige memfokuskan kepada jenama global ekslusif.
LazMall mengesahkan status rasmi dan ketulenan produk, lantas memberi jaminan dan ‘perlindungan’ kepada pengguna, serta meningkatkan keyakinan terhadap produk, sekali gus memacu perniagaan pemilik kedai LazMall.
Program-program sokongan bagi penjual yang ditawarkan Lazada ini direka khas untuk membantu komuniti setempat, khususnya para MPKS dalam meningkatkan jualan dan terus maju berdaya saing meskipun dalam situasi mencabar ketika ini.
Apa tunggu lagi? Jom sertai Lazada sebagai penjual dalam talian sekarang dan pacu perniagaan e-Dagang yang lebih mampan!