KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), syarikat farmaseutikal terbesar di Malaysia, memulakan program penyahkarbonan sebagai sebahagian daripada sokongannya kepada misi kerajaan untuk mencapai pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata antara inisiatif utama pihaknya adalah penggunaan kenderaan elektrik bagi penghantaran ubat-ubatan ke hospital dan klinik kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG).
"Anak-anak syarikat turut terlibat dalam menyediakan pelan hala tuju dan inisiatif kelestarian untuk tempoh jangka panjang, dan antara bidang yang telah dikenal pasti adalah tenaga yang efisien, tenaga boleh baharu dan kenderaan elektrik," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata seperti yang dikehendaki oleh Bursa Malaysia, semua syarikat tersenarai awam akan diwajibkan untuk melaporkan Pasukan Petugas mengenai Pendedahan Kewangan berkaitan Iklim pada 2025.
Selaras dengan panduan dan hala tuju daripada bursa, Pharmaniaga telah merancang pelbagai inisiatif dengan memasukkan Risiko Kelestarian Alam Sekitar dalam Pengurusan Risiko Perniagaan syarikat.
"Inisiatif ini adalah di bawah pengawasan lembaga pengarah yang turut memantau semua perkara yang berkaitan dengan perubahan iklim -- risiko, peluang dan rancangan mitigasi," katanya.
Beliau berkata bursa turut menetapkan isu-isu berkaitan perubahan iklim perlu dijadikan sebahagian daripada strategi perniagaan dalam memenuhi keperluan pihak berkepentingan utama masing-masing.
Menurut syarikat itu, satu lagi usaha penerapan budaya klestarian adalah dengan menjenamakan semula budaya korporat Pharmaniaga sedia ada iaitu 'Do It Right Always' (DIRA).
Budaya DIRA adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan tentang pentingnya 'melakukan perkara yang betul' setiap masa yang akan dapat meningkatkan tahap produktiviti dan kecekapan bekerja, serta menghapuskan keperluan untuk membuat pekerjaan berulang kali.
"Budaya DIRA yang sedia ada akan diterapkan dengan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan dijadikan antara inisiatif di bawah ESG, yang merupakan tonggak utama usaha kelestarian syarikat.
"Program ini penting untuk semua pekerja memahami objektif kelestarian syarikat supaya matlamat jangka panjang dapat dicapai," katanya.
Pharmaniaga adalah sayap perniagaan farmaseutikal bagi Kumpulan Boustead Holdings Bhd dan bersama-sama Lembaga Tabung Angkatan Tentera, merupakan pemegang saham utamanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 11 2022
![Pharmaniaga mulakan program penyahkarbonan Pharmaniaga mulakan program penyahkarbonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670714476_ZulkarnainMdEusope.jpg)
Zulkarnain berkata antara inisiatif utama pihaknya adalah penggunaan kenderaan elektrik bagi penghantaran ubat-ubatan ke hospital dan klinik kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. -Bernama
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340326_TBBUNUHEMAK.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
![Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340661_tbKonvoiwargabrun.jpg)
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
![Pharmaniaga lantik EY sebagai juruaudit luar baharu Pharmaniaga lantik EY sebagai juruaudit luar baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728596284_Pharmaniaga.jpg)
Pharmaniaga lantik EY sebagai juruaudit luar baharu
EY menggantikan PricewaterhouseCoopers (PwC), yang meletak jawatan susulan notis yang diserahkan pada 20 Sept 2024.
![Pharmaniaga serah pelan penyusunan semula PN17 kepada Bursa Securities Pharmaniaga serah pelan penyusunan semula PN17 kepada Bursa Securities](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672317357_Pharmaniaga.jpg)
Pharmaniaga serah pelan penyusunan semula PN17 kepada Bursa Securities
Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) telah menyerahkan pelan penyusunan semula kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk syarikat itu dilepaskan daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
![Kegagalan 104 ventilator: Tiada perjanjian bertulis KKM, PLSB - PAC Kegagalan 104 ventilator: Tiada perjanjian bertulis KKM, PLSB - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698648133_COVIDICU.jpg)
Kegagalan 104 ventilator: Tiada perjanjian bertulis KKM, PLSB - PAC
Ketiadaan perjanjian bertulis antara KKM dan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd menyebabkan tiada mana-mana pihak boleh dipertanggungjawabkan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi.
![Pharmaniaga lakar inisiatif strategik tangani status PN17 Pharmaniaga lakar inisiatif strategik tangani status PN17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672317357_Pharmaniaga.jpg)
Pharmaniaga lakar inisiatif strategik tangani status PN17
Pharmaniaga gariskan pelan strategik untuk menangani cabaran-cabaran yang dibentangkan oleh status Nota Amalan 17 (PN17).
![Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670510051_DrZalihaMustafa.jpg)
Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.
![LTAT yakin mampu struktur semula Boustead dalam tiga tahun LTAT yakin mampu struktur semula Boustead dalam tiga tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678833646_AhmadNazimAbdulRa.jpg)
LTAT yakin mampu struktur semula Boustead dalam tiga tahun
Ahmad Nazim berkata pendedahan besar pelaburan LTAT dalam Boustead menyebabkan dana persaraan itu sukar untuk menikmati pulangan dividen sebenar.
![Pharmaniaga catat kerugian bersih RM607 juta, cetus kriteria PN17 Pharmaniaga catat kerugian bersih RM607 juta, cetus kriteria PN17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672317357_Pharmaniaga.jpg)
Pharmaniaga catat kerugian bersih RM607 juta, cetus kriteria PN17
Perolehan merosot kepada RM3.51 bilion berikutan permintaan lebih rendah daripada kerajaan untuk pembelian vaksin COVID-19.
![Pharmaniaga berjaya pasang mesin pengisian pre-filled syringe pertama di Malaysia Pharmaniaga berjaya pasang mesin pengisian pre-filled syringe pertama di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672317357_Pharmaniaga.jpg)
Pharmaniaga berjaya pasang mesin pengisian pre-filled syringe pertama di Malaysia
Kilang vaksin itu sebahagian pelan pembangunan berterusan Pharmaniaga ke arah menjadi kilang pengeluaran vaksin Halal pertama di dunia.
![Pharmaniaga dapat lanjutan enam bulan pembekalan ubat ke KKM Pharmaniaga dapat lanjutan enam bulan pembekalan ubat ke KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672317357_Pharmaniaga.jpg)
Pharmaniaga dapat lanjutan enam bulan pembekalan ubat ke KKM
KKM turut mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhds dalam tempoh interim sebelum ini.
![Pharmaniaga, Bionet meterai Perjanjian Kolaborasi Penyelidikan Vaksin Hexavalent Kanak-kanak Pharmaniaga, Bionet meterai Perjanjian Kolaborasi Penyelidikan Vaksin Hexavalent Kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670928564_Pharmaniaga.jpg)
Pharmaniaga, Bionet meterai Perjanjian Kolaborasi Penyelidikan Vaksin Hexavalent Kanak-kanak
Pharmaniaga dan BioNet menandatangani Perjanjian Kerjasama Penyelidikan (RCA) bagi membangunkan vaksin kombinasi 6 dalam 1 (Vaksin Hexavalent) untuk kanak-kanak di Malaysia.