KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mewujudkan sebuah Pusat Kecemerlangan Kecerdasan Buatan (AI CoE) bagi mempercepat kemajuan penyelesaian teknologi itu menerusi kerjasama dengan jaringan rakan global.
Dalam kenyataan semalam, syarikat minyak dan gas nasional itu berkata pusingan pertama kerjasama melibatkan Baker Hughes, Boston Consulting Group (BCG) dan Microsoft, telah dijalinkan menerusi pemeteraian tiga memorandum persefahaman (MoU) di acara Pameran dan Sidang Kemuncak Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2022, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Digital Petronas Aadrin Azly berkata pusat terbabit akan memanfaatkan pelbagai kepakaran daripada sumber dalaman serta penggiat industri lain untuk membangunkan satu ekosistem yang dapat melonjakkan penyampaian nilai selain menyemai bakat AI.
Kemudahan AI CoE itu akan turut membolehkan Petronas bekerjasama dengan rakan-rakannya bagi tujuan inovasi, membangunkan serta potensi pengkomersialan penyelesaian AI dengan saling memanfaatkan teknologi, kepakaran dan pengalaman masing-masing.
Malah, usaha tersebut menjadi langkah dalam memajukan perjalanan berterusan Petronas mengetengahkan penggunaan AI bagi meningkatkan kecekapan, kebolehpercayaan dan keselamatan rantaian nilai tenaga syarikat itu.
Sementara itu, Pengarah Urusan, Rakan Kanan serta Ketua BCG bagi Asia Tenggara Jaime Ruiz-Cabrero menyifatkan kerjasama terbabit akan membawa bersama kepakaran AI syarikat itu serta kemahiran Petronas menggunapakai AI dalam rantaian nilai tenaga berkaitan.
"Kami akan bersama-sama meningkatkan penggunaan AI untuk mencapai nilai bermakna bagi Petronas, sektor tenaga serta Malaysia.
"Ini merupakan langkah penting dalam usaha Malaysia untuk muncul sebagai hab utama bagi bakat AI di rantau ini," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia K Raman berkata kajian menunjukkan potensi AI dalam mewujudkan sehingga enam juta pekerjaan baharu di Malaysia menjelang 2030 yang turut membuktikan keperluan melengkapkan tenaga kerja Malaysia dengan kemahiran AI.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2022
Kemudahan AI CoE itu akan membolehkan Petronas bekerjasama dengan rakan-rakannya bagi tujuan inovasi, membangunkan serta potensi pengkomersialan penyelesaian AI dengan saling memanfaatkan teknologi, kepakaran dan pengalaman masing-masing.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.
Membina kerjaya di Petronas: Dari luar pesisir Kerteh ke persada dunia
Peluang menimba ilmu yang diberikan oleh Petronas berjaya melahirkan ramai pekerja mahir bertaraf antarabangsa, sekali gus menguntungkan negara dari segi pembangunan modal insan.