KUALA LUMPUR: Petronas mengekalkan kedudukannya sebagai jenama ASEAN paling bernilai dalam laporan 'Brand Finance Global 500' tahun ini di samping menjadi antara 10 jenama minyak dan gas utama dunia.
Menurut syarikat minyak dan gas nasional itu, Indeks Kekukuhan Jenama (BSI) Petronas -- dinilai berdasarkan prestasi jenama yang menumpukan pengukuran tidak ketara berbanding pesaingnya -- meningkat daripada 87 pada 2021 kepada 87.7 pada 2022, sekali gus menjadikan rankingnya sebagai jenama ASEAN paling utama.
Brand Finance menyatakan kedudukan Petronas itu didorong oleh prestasi jenamanya yang konsisten, menyumbang kepada nilai jenama sebanyak US$13.6 bilion pada 2022 berbanding US$12 bilion pada 2021, lonjakan 13 peratus, jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.
Petronas menambah, pencapaian ini juga dipacu oleh peningkatan permintaan tenaga apabila ekonomi global pulih dan berada pada fasa pascapandemik, membolehkannya bangkit daripada cabaran dalam sektor minyak dan gas yang dialami tahun lepas.
Brand Finance mempertimbangkan tiga komponen utama dalam menilai jenama, yang ditentukan oleh kekukuhan jenama, perniagaan dan prospek ekonomi, menurutnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata warga Petronas bersyukur atas pengiktirafan yang berterusan sebagai jenama ASEAN paling bernilai itu.
"Pengiktirafan ini merupakan bukti kukuh terhadap usaha berterusan Petronas dalam memenuhi tujuannya, iaitu untuk menjadi rakan kongsi tenaga dan penyelesaian yang progresif.
"Kami kekal komited sepenuhnya dalam menyediakan akses kepada tenaga yang lebih bersih, berpatutan dan terjamin untuk pelanggan kami, di samping memperkaya kehidupan demi masa depan yang lestari," katanya.
Laporan 'Brand Finance Global 500' bagi 2022 mengenai jenama paling bernilai di dunia yang meliputi seluruh sektor dan negara telah diumumkan pada 26 Jan, 2022 menerusi webinar.
Menurut laman web rasmi Brand Finance, ia merupakan firma perundingan penilaian dan strategi jenama bebas terkemuka dunia yang beribu pejabat di London, United Kingdom.
Ia diasaskan pada 1996 dengan tujuan merapatkan jurang antara pemasaran dan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022
Petronas mengekalkan kedudukannya sebagai jenama ASEAN paling bernilai dalam laporan 'Brand Finance Global 500' tahun ini di samping menjadi antara 10 jenama minyak dan gas utama dunia. - Foto fail
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.
Membina kerjaya di Petronas: Dari luar pesisir Kerteh ke persada dunia
Peluang menimba ilmu yang diberikan oleh Petronas berjaya melahirkan ramai pekerja mahir bertaraf antarabangsa, sekali gus menguntungkan negara dari segi pembangunan modal insan.